“Taknak Mengalah” – Pemandu Van Imigresen Dikritik Kerana Halang Kereta & Enggan Beri Laluan [Video]
Bagaimanapun tiada kepastian sama ada lorong yang dilalui van Imigresen dan pemandu dashcam tersebut adalah lorong sehala atau dua hala.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai kerenah pengguna jalan raya sama ada di lebuh raya mahupun kawasan perumahan.
Kadangkala tindakan mereka yang tidak mengikut undang-undang jalan raya, menyebabkan pengguna lain mengalami kesukaran, atau lebih teruk lagi ditimpa kemalangan.
Malah ada juga pengguna jalan raya yang langsung tidak boleh bertolak ansur sehingga terjadinya pergaduhan.
Baca Artikel Berkaitan: “The Real Dominic Toretto” – Pemandu Bawa Myvi Secara ‘Reverse’ Bikin Ramai Terbeliak Mata
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Selamba ‘Reverse’ Kereta Di Jalan Raya Hanya Kerana Terlepas Simpang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Wanita Didakwa Dipukul 2 Lelaki Ketika Berlaku Perselisihan Faham Di Lebuh Raya
Van Dipercayai Imigresen Halang Laluan Kereta
Satu rakaman video dashcam yang tular di X (@update11111) baru-baru ini menyaksikan sebuah kereta dihalang laluannya oleh van dipercayai hak milik Jabatan Imigresen Malaysia daripada logo di bahagian tepi pintu pemandu.
Dipercayai kedua-dua kenderaan itu melalui satu lorong yang sempit di sebuah kawasan perumahan.
Pada awal video, jelas pemilik dashcam telahpun melalui jalan itu. Namun sebaik menghampiri penghujung lorong, sebuah van tiba-tiba muncul dari arah bertentangan di lorong yang sama.
Kereta Terpaksa Undur Untuk Beri Laluan
Van berkenaan yang pada mulanya mengundur sedikit disangkakan ingin memberi laluan kepada kereta tersebut. Namun rupa-rupanya ia cuba juga untuk menyelit di sebelah kereta itu.
Apa yang mengejutkan, pemandu van itu kekal dengan pendiriannya untuk tidak berganjak apabila membuat isyarat tangan agar kereta yang berada di hadapannya memberi laluan kepadanya.
Pemandu kereta itu akhirnya mengalah dan mengundur sehingga ke hujung jalan walaupun dia yang terlebih dahulu berada di laluan tersebut.
Tak Pasti Jika Ia Lorong Satu Hala
Namun begitu kami tidak dapat memastikan sama ada jalan tersebut adalah laluan sehala atau untuk dua arah.
Malah, tiada sebarang tanda yang jelas kelihatan di kawasan itu. Lokasi insiden berlaku juga tidak dapat dikenal pasti.
Insiden yang berlaku turut menyebabkan ruangan komen di beberapa hantaran Jabatan Imigresen di Facebook diserang oleh pengguna media sosial.
Tindakan Pemandu Van Dikritik Ramai
Insiden ini sememangnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan tindakan pemandu van tersebut.
Ada yang merasakan pemandu van itu yang sepatutnya mengundur memandangkan kereta itu yang berada di jalan itu terlebih dahulu.
Beberapa individu turut menyebut akaun @imigresenmy agar tindakan diambil terhadap staf kerajaan berkenaan.
“Sebab spesies macam ni, orang kerja kerajaan lain yang kena maki. Orang kerajaan patut berkhidmat pada orang awam, bukan menyusahkan orang awam,” kata pengguna X.
Terdapat juga pengguna media sosial yang berkata mereka pasti tidak akan memberi jalan kepada van terbabit.
“Ingat kat highway je kena bagi laluan. Tapi kat lorong rumah pun kena bagi keutamaan,” kata seorang individu.