fbpx

Tular Rakaman Dashcam Nissan Almera Ikut Ambulans Dari Belakang Undang Perhatian [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan pemandu ambulans berkenaan merakam video pemandu kereta Nissan Almera yang cuba mengekorinya dari arah belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang mempunyai lesen pasti mengetahui individu yang membawa kenderaan perlu memberikan laluan kepada kenderaan tertentu seperti kereta peronda polis, ambulans dan sebagainya.

Malah mereka yang tidak memberikan laluan kepada kenderaan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ini kerana, kenderaan tersebut mungkin sedang mengendalikan hal-hal kecemasan seperti membawa pesakit dan sebagainya.

Nissan Almera jadi perhatian kerana ikuti ambulans dari belakang

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Nissan Almera yang cuba melakukan perkara tidak bertanggungjawab.

Menerusi video yang tular di TikTok, awalnya kedengaran ambulans tersebut membunyikan sirennya sewaktu berjalan di atas jalan raya.

Disebabkan sedang berada dalam kecemasan, siren tersebut merupakan mesej bagi memaklumkan kepada orang ramai untuk memberikan laluan kepadanya.

Namun sewaktu sedang melalui jalan itu, kamera dashcam di bahagian belakang ambulans sempat merakam tindakan kereta Almera yang mengekorinya.

Malah apa yang lebih menarik perhatian, kereta itu turut menyalakan lampu kecemasan seolah-olah dia juga sedang dalam kecemasan.

Pemandu ambulans rakam tindakan kereta Almera

Pemandu ambulans yang sedar tindakan kereta Almera itu kemudiannya berhenti dan mendekati kenderaan tersebut untuk merakamkan tindakan tidak bertanggungjawabnya.

Sewaktu video dirakam kelihatan pemandu kereta terbabit seperti memarahi dan memintanya untuk berjalan.

Ramai berang tindakan pemandu cuba ekori ambulans

Video tular itu turut menarik perhatian malah ramai yang turut berasa berang dengan tindakan pemandu Almera berkenaan kerana cuba mengikuti ambulans ketika di jalan raya.

Di ruangan komen ada juga yang mendakwa pemandu tersebut mungkin seorang pemandu e-hailing.

Video sama turut menjadi tular di X dan mendapat reaksi yang sama dari pengguna platform berkenaan.

“Memang macam ni je cara orang yang ikut belakang ambulans. Saya pun pemandu ambulans juga dan macam ni jugalah cara bagi (pemandu) faham orang-orang yang sibuk duduk belakang ambulans”

“Akhirnya, ending dia nanti dia pusing kata dia tak dengar siren. Alat bantu pendengaran tak bawa”

“Dengan rasa tak bersalah boleh pula angkat tangan macam tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.