fbpx
Now Reading
“Haikal Rindu Mak, Pulanglah” – Luahan Pelajar UPM Tak Pernah Jumpa Ibu Sejak Kecil Buat Ramai Sebak [Video]

“Haikal Rindu Mak, Pulanglah” – Luahan Pelajar UPM Tak Pernah Jumpa Ibu Sejak Kecil Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut pelajar yang dikenali sebagai Haikal itu, bapanya telah meninggal dunia dan ibunya masih lagi hidup, namun sejak berusia dua bulan dia telah dijaga serta dibesarkan oleh neneknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Merindui seseorang yang kita sayangi seperti ibu dan bapa pasti susah nak digambarkan, lebih menyakitkan lagi apabila insan yang dirindui itu telahpun tiada.

Melawati pusara dan mengirimkan doa merupakan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengubati perasaan rindu itu.

Pun begitu, jika insan yang dirindui itu masih ada di dunia ini namun tidak diketahui keberadaannya, kita hanya mampu berdoa dan berharap agar dipertemukan semula.

Pelajar UPM luah rindu kepada ibu

Begitulah yang dilalui oleh seorang pelajar lelaki tahun pertama dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meluahkan perasaan rindu kepada ibunya dalam Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dr. Arifin Abdu pada baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Dr. Arifin, pelajar yang dikenali sebagai Haikal itu menawarkan diri untuk berkongsi mengenai kisah hidupnya pada majlis terbabit.

Menurut Haikal, bapanya telah meninggal dunia dan ibunya masih lagi hidup, namun sejak berusia dua bulan dia telah dijaga serta dibesarkan oleh neneknya.

Haikal titip pesanan rindu, ingin ibu pulang menemuinya

Apa yang menyentuh hati, semasa menceritakan kisah hidupnya itu, Haikal sempat menitipkan pesanan kepada ibunya bahawa dia amat merindui figura terbabit

Haikal yang berharap jika ibunya melihat video terbabit turut meminta agar wanita berkenaan pulang menemuinya.

“Andai kata mak tengok video saya, mak, Haikal sangat-sangat rindu mak, pulanglah, pulanglah,” kata Haikal sebelum terduduk kerana terlalu sebak.

Luahan kisah hidup dan titipan pesanan yang diberikan Haikal kepada ibunya itu membuatkan kebanyakan pelajar dan pensyarah yang ada di dalam dewan berkenaan turut berasa sedih, bahkan ada yang menangis.

@tnchepaupm

Part 1: Perkongsian perjalanan ke menara gading oleh pelajar baharu Universiti Putra Malaysia #SelamatDatangPelajarBaharu #berilmuberbakti #JiwaPutra #UniversitiPutraMalaysia

♬ original sound – TncHepaUpm – TncHepaUpm

Ramai sebak dan titip doa buat Haikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga berasa sebak mendengar luahan pelajar berkenaan.

Kebanyakan mereka turut menitipkan doa agar Haikal sentiasa kuat dan berharap agar dia dan ibunya dipertemukan semula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.