Umum mengetahui agama Islam tidak menghalang pergaulan antara lelaki mahupun perempuan namun ia perlulah mematahui syarak yang ditetapkan.
Ini bagi mengelak daripada berlakunya masalah seperti fitnah, maksiat dan sebagainya khususnya individu berkenaan merupakan isteri atau suami kepada seseorang.
Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui batas serta sentiasa menjaga ikhtilat dalam pergaulan bersama rakan berlainan jantina.
Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang yang baharu Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman turut menjelaskan seorang suami juga mempunyai hak terhadap isterinya untuk menghalang mereka dari menyertai program ‘team building’ yang bercampur dengan jantina lain untuk menghindari fitnah, tohmahan, ikhtilat serta khalwat.
Mufti itu menjelaskan mengenai isu tersebut selepas terdapat individu yang bertanya dalam laman portal soal jawab agama e-kemusykilan berhubung apakah hukum sekiranya isteri menyertai ‘team building’ bersama peserta lelaki dan perempuan?
Ujar beliau, terdapat aktiviti dalam bentuk ikhtilat yang diharamkan kerana tiada justifikasi yang membenarkannya antaranya adalah aktiviti bersentuhan fizikal, acara di sungai atau kolam, serta persembahan tarian ketika waktu malam.
Ikhtilat ialah pertemuan atau pergaulan di antara perempuan dan lelaki. Khalwat pula merupakan bentuk ikhtilat di mana pertemuan antara seorang lelaki serta seorang wanita tanpa adanya individu lain di suatu kawasan atau tempat.
“Ia bukanlah keadaan darurat, tiada keperluan dan maslahat yang besar dan program team building ini hakikatnya tiada halangan untuk disusun secara patuh syariah.
“Sebagai suami, dia perlu menghalang isteri daripada terlibat dengan program ini. Si suami juga perlu membuat aduan dan boleh mencadangkan agar team building ini diasingkan aktivitinya antara lelaki dan perempuan.
“Kecuali, aktiviti yang bebas fitnah seperti ceramah (diasingkan tempat duduk) dan sebagainya,” jelasnya lapor Kosmo.
Menurutnya lagi, khalwat serta ikhtilat merupakan perkara yang boleh menyebabkan berlakunya maksiat. Bukan hanya itu, hukum khalwat juga lebih berat dari ikhtilat, ini kerana kemungkinan maksiat atau kemudaratan berlaku lebih besar.
“Justeru, hukum asal bagi kedua-duanya dilarang dan khusus untuk khalwat, hukum asalnya adalah haram.
“Dalam menentukan sesuatu ikhtilat atau khalwat itu diharuskan atau tidak, perlu dilihat parameter yang ditetapkan ulama. Para ulama telah menggariskan keadaan-keadaan yang mengharuskan khalwat dan ikhtilat dengan melihat parameter tersebut yang digariskan berdasarkan hukum syarak.
“Antaranya seperti seseorang lelaki yang menjumpai seorang wanita yang sesat di jalanan, maka diharuskan kepadanya untuk menemani wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian.”
Beliau turut memberikan contoh di mana para ulama juga tidak mengehadkan kepada keadaan yang mengharuskan tetapi menjadi panduan kepasa umat Islam untuk menentukan apakah sesuatu ikhtilat atau khalwat dalam kategori yang diharuskan mahupun tidak.
Justifikasi yang membolehkan ikhtilat seperti:
Manakala aturan syarak dalam berinteraksi dan bergaul pula adalah:
Difahamkan Tengku Ampuan Pahang bersama Sultan Pahang ketika itu sedang melawat mangsa banjir di sebuah…
Menerusi video tersebut, kelihatan pramugara Malaysia Airlines berkenaan berada dalam posisi melutut untuk membantu penumpang…
Dalam insiden yang dipercayai berlaku di sebuah lebuh raya di Shah Alam itu, tayar berkenaan…
Pesalah iaitu Amirul Arif Bin Mohd Yunos, 38, yang beralamat di Hollystown, Dublin 15 dipercayai…
Menerusi video tersebut kelihatan wajah si ibu begitu teruja apabila melihat pemandangan sewaktu berada di…
Jelas Dr Maza sebelum ini, ramai di kalangan pakar motivasi berkata bahawa tindakan memaafkan seseorang…