
Malaysia Top 5 Lokasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
Antara makanan utama yang menjadi pilihan pelancong asing sewaktu bercuti di Malaysia adalah nasi lemak, cendol dan banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat para pelancong, sudah tentu anda menitikberatkan pelbagai aspek sebelum memilih destinasi percutian.
Sebagai contoh, ada yang mementingkan akses mudah untuk membeli-belah, lokasi bersiar-siar, penginapan yang murah atau makanan menarik. Mana tidaknya, dah melancong ke tempat orang, mesti anda nak rasai sendiri keunikan makanan di negara lain pula.
Malah ramai juga pelancong asing yang datang ke Malaysia semata-mata untuk mencuba kelazatan makanan yang pelbagai di negara ini.

Baca Artikel Berkaitan: Dua Lipa Suka Rendang & Kopi Di Malaysia, Akui Tak Sabar Kembali Ke Negara Ini
49% Pelancong Datang Malaysia Untuk Makanan
Kalau anda nak tahu, Malaysia diiktiraf sebagai destinasi ke-5 lokasi ‘syurga makanan’ paling popular di Asia. Sebanyak 49% pelancong asing bersetuju bahawa makanan yang unik merupakan tujuan utama mereka melawat ke negara ini.
Tinjauan ini telah dilakukan oleh platform perjalanan digital popular, Agoda yang mana ia melibatkan 4,000 responden selepas mereka selesai membuat tempahan ke destinasi pilihan pelancongan.
Memetik Agoda, berikut adalah lima negara yang dipilih sebagai syurga makanan terbaik:
- Korea Selatan: 64%
- Taiwan: 62%
- Thailand: 55%
- Japan: 52%
- Malaysia: 49%

Pengarah Malaysia dan Brunei di Agoda, Fabian Teja berkata makanan tidak terhad kepada kelangsungan hidup sahaja tetapi telah menjadi sebahagian daripada pengalaman budaya sesebuah negara.
“Ada pelancong yang begitu teruja dengan makanan tempatan hingga mereka menempah restoran terlebih dahulu sebelum membeli tiket penerbangan.
“Data tinjauan kami jelas menunjukkan bahawa para pelancong mencari destinasi untuk menikmati makanan dan tradisi tempatan, bukan hanya bersiar-siar,” ujar beliau.
Antara makanan popular yang menjadi tumpuan pelancong asing adalah:
- Nasi lemak bungkus
- Nasi lemak ayam goreng berempah
- Char Kuey Teow (Pulau Pinang)
- Mi Hokkien (Pulau Pinang)
- Cendol (Pulau Pinang)
- Hinava (Sabah)
- Mi Tuaran (Sabah)
- Manok Pansoh (Sarawak)

Malaysia Destinasi Utama Untuk Pencinta Makanan Dari Singapura
Tinjauan berkenaan turut mendedahkan bahawa kepelbagaian cita rasa di Malaysia yang mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuknya, menjadikan negara ini destinasi pilihan pencinta makanan.
Sementara itu, Agoda juga melaporkan bahawa Malaysia menjadi destinasi paling dikunjungi oleh pencinta makanan dari negara jiran, Singapura.
Sekadar info, salah satu hidangan popular rakyat Malaysia iaitu roti canai juga dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh laman makanan, Tasteatlas sebelum ini.
Roti canai berjaya mengalahkan hidangan roti popular dari negara lain seperti roti naan yang berasal dari negara India dan juga roti daripada negara Eropah yang sememangnya terkenal dalam pembuatan pastri.
Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia
Baca Artikel Berkaitan: 11 Makanan ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Anda Patut Cuba Selain Nasi Lemak
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!