fbpx
Now Reading
“Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi

“Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi

Menerusi tangkap layar perbualan, pelanggan itu memaklumkan gaji pokoknya adalam RM1,500 manakala gaji bersih RM3,000 untuk membeli kereta jenis Mercedes A45S yang bernilai RM312,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenderaan seperti motosikal mahupun kereta merupakan salah satu aset liabiliti yang digunakan oleh orang ramai untuk memudahkan kehidupan harian untuk ke sesebuah destinasi.

Meskipun ia dikategorikan sebagai salah satu aset namun mereka yang ingin membeli kenderaan perlu mengukur jenis kereta yang ingin dibeli bersesuaian dengan kemampuan seperti gaji, komitmen dan sebagainya.

Ini kerana, ada segelintir yang mempunyai gaji yang rendah dan ia tidak bersesuaian sekiranya ingin membeli kereta yang berharga mahal khususnya dari jenama mewah. Dalam bahasa mudahnya ‘Gaji B40 selera T20’.

Pelanggan gaji rendah tapi nak beli kereta Mercedes A45S

Baru-baru ini, tular di Threads satu hantaran seorang pemilik dan penjual kenderaan recond iaitu Garage Recond yang mengeluh kecewa apabila terdapat individu yang ingin membeli kereta luar dari kemampuan gaji mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @umar_othmann, awalnya pelanggan berkenaan telah menghubunginya melalui WhatsApp untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta terpakai yang dijual jenis Mercedes A45S.

Susulan daripada mesej diterima itu, penjual yang dikenali sebagai Jojo kemudiannya memberikan maklumat penuh kepada pelanggan tersebut mengenai kereta jenama mewah itu seperti jenis, tahun ia digunakan serta kilometer perjalanannya.

Kereta keluaran tahun 2020 berharga RM312,000

Menurut penjual kereta berkenaan kenderaan itu adalah keluaran tahun 2020, mempunyai rekod perjalanan sebanyak 37,000 kilometer, berwarna putih dan mempunyai jaminan selama lima tahun.

Manakala harga untuk kenderaan jenis Mercedes itu pula dijual adalah RM312,000. Selepas memberikan maklumat tersebut Jojo kemudiannya meminta pelanggan tersebut untuk menyenaraikan beberapa info penting seperti gaji, pekerjaan dan lokasinya.

Gaji luar dari kemampuan untuk beli kereta Mercedes

Apa yang mengejutkan pelanggan dari Pontian, Johor itu memaklumkan gaji pokoknya adalah sebanyak RM1,500, manakala gaji bersih adalah RM3,000.

Sebaik menerima info tersebut Jojo lalu bertanya berapa ratus ribu jumlah pendahuluan yang boleh diberikan sekiranya ingin membeli kereta itu dan perbualan mereka hanya terhenti di situ.

Selera besar dari gaji bulanan

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Umar tidak faham dengan pemikiran individu di masa kini yang mahukan sesuatu yang mewah namun ia luar dari kemampuan sendiri.

“Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta bulanan lagi tinggi dari gaji dia. Inilah benda kau kena hadap dan kawal emosi bila jumpa orang macam ni,” keluhnya.

Jelas Umar, minimum gaji terbaik untuk memiliki kereta Mercedes tersebut adalah dari RM11,000. Manakala gaji yang bersesuaian adalah RM17,000.

Lebih mengejutkan lagi, Umar kemudian mendedahkan pelanggan terbabit hanya mahu meletakkan sejumlah RM5,000 bagi wang pendahuluan (deposit).

Ramai setuju gaji rendah tak sepatutnya beli kereta mewah

Melihat di ruangan balas, ramai yang turut bersetuju dengan Umar apabila ada yang ingin membeli kenderaan luar dari kemampuan mereka.

Malah ada juga berpendapat kenderaan mewah ini juga memakan belanja yang besar untuk mengekalkan prestasinya seperti jenis tayar dan servis yang bakal dilakukan juga tidak murah.

Ada juga berpendapat ramai orang muda di masa kini muflis disebabkan hutang kereta dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelanggan berkenaan mempunyai selera yang besar tanpa memikirkan kemampuan gaji.

“Kadang-kadang konten penjual kereta juga jadi punca. Letak kapsyen ‘gaji RM1,500 boleh mohon’ sejenis budak dia baca tajuk je bukan dia fikir benda lain-lain.”

“Aku yang pendapatan RM5,000-6,000 sebulan ni pun takut nak beli kereta hutang. Pakai je mana ada yang mampu..”

“RM300,000 punya kereta dengan gaji macam tu..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.