Tindakan Lelaki Berhentikan Kereta Hingga Laluan Terhalang & Cuba Cetus Pergaduhan Buat Ramai Geram [Video]
Selain terus menghalang laluan, lelaki berkenaan turut mengarahkan pengguna lain yang membunyikan hon untuk berundur dan menggunakan jalan alternatif lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain daripada mematuhi undang-undang, setiap pengguna jalan raya sering kali dinasihatkan sentiasa bertolak ansur dan tidak mementingkan diri ketika berada di jalan raya.
Tidak semua, namun ada segelintir individu yang dilihat kurang sabar dan hanya memikirkan diri sendiri. Lebih teruk lagi, ada yang cuba berlagak samseng sehingga menakutkan pengguna jalan raya yang lain.
Kadang kala, sikap tidak baik itu boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga tercetusnya pergaduhan.
Lelaki Halang Laluan, Turut Bertengkar Dengan Rider
Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna jalan raya apabila ada individu yang bersikap tidak sabar hingga cuba mencetuskan pergaduhan.
Menerusi video yang dikongsikan semula di kumpulan Facebook Tragedi Apa Hari Ini (TAHI), kelihatan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih menghentikan kenderaannya sekali gus menghalang laluan di hadapan pasar raya Fresh Mart, Jalan Ipoh Batu 5 ½, Kuala Lumpur hingga menyebabkan berlakunya kesesakan.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang lelaki berpakaian warna hitam turun daripada kereta berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu kelihatan dalam keadaan marah. Malah, dia juga dilihat bertengkar dengan seorang penghantar makanan hanya kerana rider itu menegur tindakannya yang menghalang laluan.
Namun, perakam video yang juga seorang wanita kemudiannya berundur ke belakang bagi memberi laluan kepada rider tersebut.
Melalui cermin sisi kereta perakam video, dapat dilihat beberapa kenderaan tersekat dan tidak dapat melalui laluan tersebut gara-gara sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu.
Cabar Pemandu Wanita Untuk Turun & Bersemuka
Sebaik sahaja bertengkar dengan rider berkenaan, lelaki itu kemudiannya datang ke tingkap kenderaan wanita itu dan mengajaknya keluar daripada kereta.
Malah, kedengaran dia seolah-olah mencabar wanita berkenaan untuk bersemuka dengannya.
“Turun, tadi nak gaduh, sekarang tak nak gaduh,” kata lelaki itu dalam video.
Namun, permintaan lelaki itu tidak dilayan hingga dia beredar pergi ke bahagian belakang kereta Perodua Axia dan terus memanggil pemandu wanita berkenaan untuk keluar.
Tidak hanya itu, dia terus menghalang laluan serta mengarahkan pengguna lain yang membunyikan hon untuk berundur dan menggunakan jalan alternatif lain.
Dakwa pemandu wanita itu, lelaki berkenaan sememangnya tidak memberi laluan pada awal kejadian.
Malah, dia dilihat menurunkan tingkap dan memegang tin semburan cat sebelum memberhenti dan keluar daripada kenderaannya.
“Lelaki ini berada di depan Fresh Mart, Jalan Ipoh Batu 5 1/2. Disebabkan dia tidak mahu beri laluan kepada saya, dia tiba-tiba berhentikan kereta di tengah jalan.
“Saya lihat dia turunkan cermin tingkap kereta dan memegang semburan cat (di dalam kereta), jadi saya mula merakam video.
“Dia kemudian keluar daripada kereta dan saya mahu lihat apa yang dia ingin lakukan untuk mengugut saya.
“Tiba-tiba dia bergaduh dengan pemandu Grab dan tetap terus menghalang laluan serta tidak membenarkan kenderaan lalu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas,” tulis pengguna berkenaan dipetik dari sebuah laman Facebook.
Apa masalah kau bro?
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 11, 2024
Nanti kalau kena kutip dengan PDRM…mula la buat muka sedih… pic.twitter.com/GCPMvJqFoP
Video Cetus Pelbagai Reaksi, Ada Yang Marah Lihat Sikap Lelaki
Video yang turut dikongsikan di platform X dan telah mendapat lebih 400,000 tontonan itu nyata menjadi perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka geram dan bengang melihat sikap lelaki berkenaan yang acah seperti gangster dan menyusahkan pengguna lain.
Malah, ada pengguna yang mencadangkan agar perakam video membuat laporan polis ekoran tindakan lelaki itu.
Namun, ada juga pengguna yang berfikiran positif menyatakan kemungkinan kereta Perodua Axia itu mengalami kerosakan hingga terpaksa menghalang laluan berkenaan.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Bang, Hormatlah Pengguna Jalan Raya Lain Yang Nak Lalu, Orang Dah Mengalahkan Tu, Berlagak Macam hebat”
“Kereta Rosak Atau Apa? Situ Mana Boleh Parking Bang, Cubalah Jadi Rakyat Yang Bertanggungjawab”
“PDRM, Tolong Kutip Gangster, Otak Dekat Lutut. Tengok Muka Dah Nampak Suka Susahkan Orang”
“Kena Angkut Nanti, Nangis”
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton Saga Dikecam, Berang & Acah Samseng Walhal Keluar Di Lorong Salah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bengang Kena Hon Sebab Berdiri Tepi Jalan Temiang-Pantai , Rider ‘Samseng’ Acah Nak Hempuk Kereta [Video]