fbpx
Now Reading
Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Beli Belah The Mines Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Beli Belah The Mines Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan pengawal keselamatan di pusat membeli-belah berkenaan telah melarang tindakan lelaki tersebut dari memancing di tasik terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memancing adalah salah satu hobi kegemaran rakyat Malaysia khususnya kaum lelaki.

Mereka yang gemar dengan aktiviti memancing pasti akan mengetahui di manakah kawasan atau tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Namun, ada juga segelintir daripada pemancing yang tidak mempunyai etika apabila dengan selamba memancing di kawasan yang dilarang. Malah ada yang sanggup menceroboh demi melepaskan gian untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Lelaki selamba memancing dalam pusat membeli-belah

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang selamba memancing di pusat membeli-belah The Mines, Seri Kembangan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hanz Azkhan di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki sedang memegang rod pancing di hadapan sebuah restoran di kawasan aras bawah.

Sudah ditegur pengawal keselamatan, lelaki masih selamba memancing

Apa yang lebih mencuri tumpuan, meskipun sudah dilarang dan ditegur oleh pengawal keselamatan di pusat membeli-belah itu namun lelaki itu masih tetap memancing.

Tindakannya itu turut menarik perhatian pekerja dan juga pengunjung di pusat membeli-belah terbabit.

@hanzazkhan Hati Kau Memang Kering Bro! Pak Guard Pun Pening Nak Buat Apa Ngan Ngko 😁 Komen Up Kalau Nak Tengok Part 2 😄 #kakipancing #hatikering #theminesshopingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Tetap tak dapat ikan walaupun degil memancing di kawasan berkenaan

Tindakan selamba lelaki berkenaan bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana tidak ada satu ikan pun berjaya ditangkapnya.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik kelihatan lelaki itu beredar dari kawasan berkenaan sebelum menyambung ke kawasan lain dan masih tidak mendapat ikan.

Tindakan selamba lelaki itu turut menarik perhatian ramai, malah ada yang mengatakan mungkin lelaki tersebut geram melihat ikan yang berada di dalam tasik berkenaan.

Ada juga berpendapat tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mungkin akan ditiru oleh pemancing lain sehingga menyukarkan pengawal keselamatan yang bertugas.

Walau bagaimanapun kami tidak dapat memastikan sama ada video yang dimuat naik hanyalah sebagai konten atau sebaliknya.

Sebagai info tasik di The Mines sebenarnya merupakan bekas sebuah lombong dan terkenal dengan pelbagai lagenda. Antaranya menjadi tempat persembunyian ikan-ikan bersaiz mega.

Malah tasik ini juga merupakan salah satu bekas lombong yang terbesar dan terdalam di dunia yang dahulunya dikenali Lombong Sungai Besi.

@hanzazkhan

Replying to @norfadilah17 Dia Punya Hati Kering Memang Tak Boleh Bawak Bincang. Nasib Brother Ni Tak Kene Cekup Dengan Pak Guard Mall. At Last Dia Blah Sebab Kumpau 😄😄😄 #kakipancing #hatikering #kumpau #themineshoppingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share #follow

♬ Oh No – Kreepa

Berikut antara komen yang diberikan oleh netizen:

“Dia geram tak boleh tahan dah tu, ikan dekat sana besar-besar”

“Ini mesti kena saman nanti”

“Dia sanggup memancing dan tak kisah disaman. Dari kena sidai 8 jam isteri membeli-belah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.