Cara Lelaki Ini Reviu Kafe Undang Perhatian Ramai [Video]
Video memaparkan lelaki membuat reviu kafe dengan bersahaja dan tidak bercakap terlalu banyak telah membuatkan ramai terhibur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial yang ada pada masa kini bukan sahaja digunakan oleh orang ramai untuk bersosial seperti mencari kenalan dan sebagainya.
Sebaliknya ramai juga yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mencari rezeki seperti melakukan perniagaan atas talian, menjadi pencipta konten dan banyak lagi.
Malah pada masa kini juga ramai yang menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, TikTok dan banyak lagi untuk mengetahui tentang sesuatu tempat seperti restoran dan sebagainya.
Bukan hanya itu, reviu diberikan oleh orang ramai mengenai sesebuah tempat makan juga menjadi rujukan buat orang ramai untuk ke lokasi kedai makan berkenaan.
Cara lelaki ini beri reviu di kafe raih perhatian ramai
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai dengan cara bersahajanya ketika membuat reviu di sebuah kafe di Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya lelaki berkenaan telah menunjukkan dia berada di sebuah kafe di Pulau Pinang iaitu Norm.
Ketika ingin memasuki kafe tersebut dia menyifatkan pintu kedai makan itu terlalu besar.
“Kafe ini di Penang oh. Saya makan sini hmm. Pintunya sangat besar ahh,” katanya lelaki itu dalam Bahasa Inggeris.
Reviu kafe tanpa cakap banyak
Apa yang menjadi perhatian, lelaki itu tidak dilihat bercakap terlalu banyak dalam video berkenaan. Malah dia dilihat hanya memberi deskripsi kepada perkara yang perlu sahaja.
Perkara ini dilihat begitu berbeza dengan reviu makanan yang sering dilihat di media sosial di mana pencipta kandungan kebiasaannya akan begitu bersemangat untuk memperkenalkan kafe serta makanan di kedai.
Dalam video tersebut, lelaki itu turut menunjukkan menu yang ada di kafe berkenaan serta makanan yang dipesannya.
“Hmm tempatnya oh, sangat hipster hmm. Menu. Tempat untuk duduk atau duduk di sini juga boleh (sambil menunjukkan tempat lain).”
Cara reviu makanan juga sangat ‘simple’
Ketika berkunjung ke kedai tersebut, lelaki itu telah memesan roti sourdough bersama telur dan salad. Manakala bagi menu kedua pula dia memesan burger ayam.
“Sourdough, bagus. Cuba ini (telur) hmm telur lah. Cuba ini (burger ayam) hm sangat besar.
“Cuba ini (kentang goreng) bagus. Cuba ini (kentang goreng dicicah sos) hm bagus. Cuba ini (makan burger ayam) hm sangat panas oh.
“Tak tahu kenapa panas sangat, bukan untuk saya lah.
“Kafe di Penang oh. Kalau awak nak cuba, awak cubalah. Kalau tak nak cuba tak mengapa hm,” ujarnya dalam video.
Review macamni aku suka. Tak banyak cakap tahu tahu dah rate makanan semua 🤭
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) October 12, 2024
Bercakap : 20%
Makanan : 30%
Bunyi angin : 50% pic.twitter.com/yeWiWOFOcl
Video cara reviu dengan bersahaja buat ramai terhibur
Video lelaki itu telah membuatkan ramai terhibur malah akaun yang berkongsi video tersebut mengatakan pemilik video hanya bercakap sebanyak 20%, makan 30% dan 50% hanyalah bunyi angin.
Ada yang mengatakan bunyi angin di dalam video lelaki tersebut adalah ‘limited’ kerana tidak dapat di cari dalam video reviu orang lain.
Menerusi carian kami video asal telah dimuat naik di TikTok oleh Buenorenji dan cara reviu itu sememangnya identitinya.
Ini kerana hasil semakan kami mendapati hampir ke semua video reviu adalah dengan cara yang sama. Buenorenji juga turut mempunyai jumlah pengikut yang ramai di TikTok sehingga mencecah 104,400.