
“Dia Boss Saya” – Staf Christy Ng Dedah Sisi Baik Majikan Selepas Dikritik Orang Ramai
Menurut lelaki yang dipercayai staf di syarikat jenama Christy Ng, majikannya itu sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya malah tiada isu mengenai cuti bersalin seperti yang dikatakan orang ramai sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pekerja tentunya mahukan majikan yang sentiasa menjaga kebajikan mereka dengan baik.
Malah perkara itu turut membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bekerja keras kerana tahu usaha yang dilakukan sentiasa dihargai oleh majikan.
Christy Ng kongsi video beri pekerja kejutan kecil untuk hargai usaha keras staf
Perkara sama turut dilakukan oleh usahawan kasut terkenal iaitu Christina Ng apabila sentiasa menghargai usaha keras yang dilakukan oleh para pekerjanya dalam memajukan jenamanya Christy Ng.
Malah bagi menunjukan penghargaan kepada pekerja, Christina yang mesra dipanggil Christy baru-baru ini telah berhasrat untuk memberikan cenderahati kepada pekerjanya.
Beri wang tunai dan nota bertulis
Menerusi video yang tular di X, Christy memaklumkan dia ingin memberikan kejutan kecil kepada para pekerja dengan memberikan wang ringgit serta nota ucapan terima kasih.
“Hari ini, Christy nak bagi kejutan kecil kepada tema Christy. Christy bagi nota bertulis dan duit jajan. Bulan ni, syarikat kita (Christy Ng) sangat sibuk.
“Kita sibuk mengemas dan pindah ke pejabat baru, dalam masa yang sama kita lancarkan Alesso Mini. Mesti mereka penat, tapi mereka tak pernah mengeluh.
“Jadi sekarang kita dalam misi nak beri kejutan kepada mereka. Walaupun jumlah duit itu tak besar tapi Christy harap nota bertulis Christy dapat ceriakan dan bagi semangat untuk dia orang (pekerja),” kata Christy dalam video tersebut.
Bestnya dapat bos pemurah macam ni 👍
— ًِ (@bckupacc99) October 11, 2024
its not about the amount of, the feel of getting appreciated is love. pic.twitter.com/JxYm0IJzre
Malah kelihatan wajah pekerja begitu gembira sebaik menerima wang berkenaan darinya. Christy juga turut meluahkan dia sentiasa menghargai usaha diberikan oleh para pekerjanya dalam syarikat.
Bukan hanya itu, dia juga menjelaskan dia berasa senang apabila melihat staf gembira.
Video raih pelbagai reaksi dari orang ramai
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Christy kerana meskipun jumlahnya tidak banyak namun mungkin dapat memudahkan mana-mana pekerja yang sedang berdepan masalah kewangan.
Namun tidak kurang juga, ada yang kurang senang dengan konten tersebut dengan mengatakan ia adalah tidak wajar untuk membuka barangan peribadi pekerja.
Bukan hanya itu ada juga yang mengingatkan orang ramai dengan mendakwa usahawan itu juga sebelum ini pekerja yang sedang menjalani latihan industri serta ingin memendekkan cuti bersalin pekerja.




Pekerja sifatkan Christy sentiasa jaga kebajikan pekerja, tiada isu cuti bersalin
Susulan daripada kecaman yang diterima, salah seorang lelaki yang juga dipercayai pekerja di syarikat Christy Ng kemudiannya tampil menunjukkan sisi baik majikannya.
Menurut lelaki berkenaan Christy merupakan majikannya dan memaklumkan sebagai pekerja yang bakal mengambil cuti paternity (cuti bersalin untuk bapa) minggu hadapan banyak barangan keperluan bayi telah disediakan oleh wanita tersebut.
Malah menurutnya mereka tidak mempunyai sebarang isu cuti bersalin.
Barangan keperluan bayi juga ditaja, siap bayarkan confinement lady
“Dia adalah majikan saya. Saya akan memulakan cuti paternity pada minggu hadapan. Lampin bayi, elaun paternity, barangan bayi, tiba-tiba duit tepi dan pelbagai barang bayi boleh saya katakan ditaja olehnya.
“Tiada langsung isu dengan cuti maternity (cuti bersalin wanita) atau paternity. Siap belanja confinement lady (pembantu ketika berpantang) untuk dua minggu,” katanya dalam satu hantaran di X.
Jelas lelaki itu lagi, dia sebelum ini enggan membuat hantaran perkara yang membabitkan kerja namun adalah tidak adil jika hanya membenarkan orang ramai untuk mendengar hanya sebelah pihak.

Siap tunjuk kemudahan disediakan oleh majikan untuk pekerja
Dalam masa sama, lelaki itu turut menunjukkan beberapa barangan yang disediakan oleh Christy sebagai majikan untuknya.
Malah dia juga mengatakan kebajikannya sentiasa terjaga sepanjang bekerja di syarikat itu.
Aku malas nk post pasal kerja related kat twitter. Tp unfair la dia kena bantai one side. Ni recent receipts la apa dia kasi kat aku.
— ᴅᴇɴɢ (@Nasru_Den) October 13, 2024
1.Diapers and wetwipes supply
2.Iphone 16 pro
3.Kasi pinjam Alphard kalau balik kg.
Alhamdullilah for this. Life getting better pic.twitter.com/Jtl9q0LPcM
Menerusi hantaran di X itu, ramai yang mengatkaan mungkin usahawan itu sudah berubah dan ia adalah perkara yang bagus untuk pekerja.
“Saya dia sudah berubah dan ia adalah satu perkara yang menarik untuk didengar. Rezeki dapat bos yang baik dan memahami”

“Netizen, satu side punya cerita boleh percaya, kenapa tak boleh terima side pihak lain? Terpaling tahu dan pandai semua perkara”
