fbpx
Now Reading
“Habis Dia Sapu” – Tular Rakaman Lori Treler Rempuh Kereta & Motosikal Raih Kecaman Ramai [Video]

“Habis Dia Sapu” – Tular Rakaman Lori Treler Rempuh Kereta & Motosikal Raih Kecaman Ramai [Video]

Dalam rakaman sama, lori terbabit dilihat tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus berlalu pergi dari kawasan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, tular di media sosial kemalangan-kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat seperti lori atau treler.

Perkara ini sememangnya membimbangkan ramai orang kerana ia boleh meragut nyawa insan yang tidak bersalah di atas jalan raya seperti kemalangan yang berlaku di Putrajaya pada tahun lalu.

Kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian pemandu kenderaan berat itu atau masalah teknikal yang dihadapi seperti brek gagal berfungsi.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Maut, Lori Dipercayai Alami Masalah Brek Rempuh 4 Kereta [Video]

Tular rakaman ‘dashcam’ treler rempuh kereta dan motosikal

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah treler merempuh beberapa buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook DashCam Malaysia, kelihatan lori panjang terbabit secara meluru dari arah belakang merempuh deretan kereta dan motosikal yang sedang menunggu lampu isyarat.

“Habis dia ‘sapu’ (rempuh) semua mat, perkongsian dari Syukor Hassan,” tulis di kapsyen.

Kredit: Syukor Hassan

Tak bunyikan hon dan hidupkan lampu kecemasan

Dalam rakaman terbabit, kelihatan treler tersebut tidak membunyikan hon serta menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda amaran kepada kenderaan lain.

Rempuhan tersebut juga menyebabkan sebuah kereta dan beberapa penunggang motosikal terpelanting ke hadapan.

Dalam rakaman sama, treler terbabit dilihat tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus berlalu pergi dari kawasan berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku di Sri Medan, Johor pada petang semalam

Menurut Info Semasa Official di Telegram, kejadian dilaporkan berlaku pada petang semalam (13 Oktober) di sebuah persimpangan lampu isyarat di Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Namun, tiada kepastian mengenai lokasi dan waktu tepat insiden berkenaan berlaku.

Rakaman ‘dashcam’ semasa kemalangan berlaku turut dikongsikan di akaun media sosial yang lain.

Setakat artikel ini ditulis, tiada info lanjut yang kami terima daripada pihak berkuasa berhubung kemalangan tersebut.

Ramai kecam tindakan pemandu lori, tak beri amaran jika ada masalah teknikal

Insiden yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai orang, di mana rata-rata mengecam tindakan pemandu lori itu.

Mereka mempersoal kenapa lori terbabit tidak memberi amaran dengan membunyikan hon dan menghidupkan lampu kecemasan sekiranya benar mengalami masalah teknikal.

Pun begitu, ada juga yang berpendapat berkemungkinan pemandu lori terbabit mengalami serangan jantung ketika sedang memandu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.