Lelaki Didakwa Warga China Basuh Motosikal Guna Jalur Gemilang Undang Kritikan Ramai [Video]
Menerusi satu lagi video, pemilik akaun yang memuat naik video tersebut mendakwa individu yang membasuh motosikal menggunakan Jalur Gemilang itu adalah warga China dan insiden berlaku di sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bendera sesebuah negara merupakan perkara yang sangat penting kepada setiap rakyatnya. Malah bendera juga melambangkan identiti kepada negara.
Oleh itu, setiap masyarakat perlu menghormati bendera dari setiap negara dan tidak menggunakannya kepada perkara yang tidak baik.
Ini kerana, ia boleh mengundang kepada kemarahan orang ramai atau masyarakat dari negara berkenaan.
Tular video lelaki selamba basuh motosikal pakai bendera Jalur Gemilang
Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan tindakan seorang lelaki yang dengan selamba menggunakan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk membasuh motosikalnya.
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan lelaki berkenaan melipatkan Jalur Gemilang sebelum menggosok bendera itu di atas motosikalnya sebagai kain.
Kelihatan dia menggosok bendera tersebut menggunakan bendera berkenaan ke seluruh bahagian motosikalnya dengan menggunakan sabun.
Tindakan lelaki itu secara tidak langsung telah mengundang kritikan ramai khususnya rakyat Malaysia yang menyifatkan ia sesuatu perkara tidak wajar.
Katanya di china..biadapkan?
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 12, 2024
Tapi bila datang malaysia mereka dimuliakan. pic.twitter.com/ezOUAvbBnG
Video awalnya dimuat naik di TikTok, pemilik akaun jelaskan individu itu bukan dirinya tetapi dakwa ia adalah warga China
Menerusi carian kami, video tersebut pada awalnya telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun @tbheng_18 di TikTok sebelum ia menjadi tular di X.
Pemilik akaun TikTok berkenaan yang juga dikenali sebagai Achai bagaimanapun telah mendapat kritikan ramai kerana ada yang menyangka dia yang melakukan tindakan membasuh motosikal menggunakan bendera terbabit.
Achai kemudian tampil membuat penjelasan dalam satu lagi video yang dimuat naik mengatakan individu terbabit bukan dirinya sebaliknya adalah warga China.
“Ok guys, saya Achai dari Sabah. Macam video sebelum ini yang saya muat naik guna bendera cuci motor tu, itu orang China.
“Saya kena jelaskan, saya dekat China belajar di China. Itu orang China bukan saya. Sebab saya sayangkan negara kita, jadi saya tidak akan buat benda begitu.
“Saya buat video itu untuk buat laporan ke sekolah saya. Lepas saya rakam video itu saya dah beritahu dia (lelaki terbabit) untuk berhenti dan dia sudah cuci bendera itu dan kembalikan kepada saya,” katanya.
Tengok kat tt tbheng_18. Dia ada bagi penjelasan pasal vtt ni. pic.twitter.com/sRnurgGkn5
— kucingkawanbaikmanusia (@gattogattocatto) October 12, 2024
Individu sudah dikenakan tindakan dengan pihak sekolah atas perbuatannya, video asal juga sudah dipadam
Ujarnya lagi dalam video yang dimuat naik sebelum ini, ramai yang melontarkan komen marah terhadap dirinya kerana menyangka dia adalah individu yang melakukan perkara tersebut.
Achai lalu mengatakan sebagai warga Malaysia dia tidak akan melakukan hal sedemikian dan memaklumkan pihak sekolah juga telah mengambil tindakan terhadap individu berkenaan dengan menahan motosikal lelaki itu.
Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun berkenaan di TikTok.
Semakan kami di akaun TikTok Achai turut menemui beberapa video memaparkan kebanggaannya menyambut Hari Merdeka walaupun berada di negara orang lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Kebangsaan.
Melihat di ruangan balas, ramai yang kurang senang dengan tindakan individu menggunakan bendera Jalur Gemilang untuk membasuh motosikal.
Malah ada yang meminta agar pihak berkuasa seperti polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.