fbpx
Now Reading
Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat pelanggan wanita berkenaan membeli tujuh bungkus nasi lemak serta lauk antaranya seperti dua ekor lobster dan dua sotong bersaiz besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak suka dengan nasi lemak? Menu tradisi rakyat Malaysia itu sering menjadi pilihan orang ramai sebagai hidangan sarapan atau makan malam.

Lazimnya, harga nasi lemak biasa yang dijual hanyalah sekitar RM1 hingga RM3 sebungkus.

Namun, ada juga yang dijual melebihi harga tersebut tetapi tidaklah melebihi RM30 terutama jika ia dinikmati bersama lauk seperti ayam dan daging.

Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410

Berbeza pula dengan seorang pelanggan di sebuah gerai nasi lemak ini apabila jumlah keseluruhan nasi lemak yang dibeli olehnya mencecah lebih RM400.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @juraidamamad2, dia berkongsikan saat ketika dua orang wanita membeli nasi lemak di gerainya yang terletak di Pantai Teluk Lipat, Kuala Dungun, Terengganu.

Apa yang menjadi perhatian adalah keseluruhan jumlah belian yang dibuat oleh pelanggan yang berasal dari Besut, Terengganu itu bernilai RM410.

Difahamkan, nilai itu merupakan harga bagi tujuh bungkus nasi lemak serta lauk berasaskan makanan laut (seafood) yang dipilih oleh pelanggan itu.

Beli Nasi Lemak Serta Lauk Pauk Berasaskan Seafood

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat pelanggan wanita tersebut membeli dua ekor lobster dan dua sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, ayam goreng dua ketul dan juga sambal telur puyuh.

Kesemua lauk tersebut diasingkan dan kelihatan peniaga wanita itu menambah sambal extra ke atas setiap lauk yang dipesan khusus buat pelanggannya itu.

Peniaga itu kemudiannya dilihat mengira kesemua harga lauk yang dipesan yang keseluruhannya berjumlah RM410.

Difahamkan, harga bagi dua ekor lobster yang dipesan oleh pelanggan berkenaan hanyalah bernilai RM180.

@juraidamamad2

orang besut sila hadir🦑🦑🦑🦞🦞

♬ bunyi asal – umi nasi lemak – umi nasi lemak

Harga Nasi Lemak Jadi Bualan

Video yang telah mendapat lebih 880,000 tontonan itu nyata mencuri perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan harga yang dibayar oleh pelanggan berkenaan.

Ini kerana bagi mereka harga tersebut mahal dan sama nilainya dengan perbelanjaan segelintir orang membeli barang dapur untuk sebulan.

Namun, ada segelintir yang menganggap ia tidaklah mahal melihat kepada jenis lauk yang diambil.

Bagi mereka, harga tersebut jika dibahagikan dengan tujuh orang, ia hanyalah bernilai sekitar RM58 seorang.

Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berpendapat harga lauk dijual oleh peniaga berkenaan amat murah lebih lagi bagi seekor lobster yang bersaiz besar.

Sambal Lobster & Sambal Sotong Antara Lauk Best Seller

Untuk info, pemilik gerai Nasi Lemak Umi itu menjelaskan lobster dan sotong merupakan antara lauk yang laris dan sering menjadi pilihan pelanggannya.

Menurut peniaga berkenaan dalam satu video di Instagram @eastcoastfoodiemy, lobster yang dijual di gerainya hanyalah berharga antara RM90 ke RM100.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Makan Nasi Lemak Tapi Macam Makan Nasi Kandar, Tak Rileks Harga Pun”

“Lobster 2 Ekor RM180, Siap Masak Boleh Dah Tu, Nasib Jauh”

“Lahh, Korang Expect Apa, Seafood Kot”

“Terkejut Baca RM410, Ingatkan Typo RM4.10, Sampai Tengok Video Ada Lobster, Tak Hairan Harga Tu”

“Pada Aku Sangat Berbaloi, Cuba Beli Seekor Sahaja, Tak Siap Masak, Tengok Berapa Harga Saiz Lobster Macam Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Harga Sebenar Nasi Lemak RM26.60 Sahaja, Tapi Pelanggan Ini Terbayar Sampai RM2,660 Guna Kod QR!

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Untuk Makan, Wanita Beli Lobster RM1,003 Di Restoran Mewah Untuk Dilepaskan Ke Laut

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Dihiasi Telur ‘Sim Kad’ Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.