fbpx
Now Reading
“Salah Makcik Tak Baca Betul-Betul” – Ini Penjelasan Makcik Di Sebalik Kisah Tular ‘Terbeli’ Periuk Nasi Mini [Video]

“Salah Makcik Tak Baca Betul-Betul” – Ini Penjelasan Makcik Di Sebalik Kisah Tular ‘Terbeli’ Periuk Nasi Mini [Video]

Jelas wanita berkenaan, dia membuat pembelian periuk nasi tersebut ketika berlangsungnya jualan (sale) sempena 10.10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada hujung minggu yang lalu, tular di media sosial video seorang wanita teruja menerima periuk nasi yang dipesan olehnya secara dalam talian (online).

Namun, rasa terujanya itu terus ‘mati’ apabila mendapati periuk nasi yang dipesan bersaiz mini dan tidak sesuai digunakan untuk memasak.

Melalui video yang tular itu, kedengaran dia meluahkan rasa kecewa dan sedih serta menganggap peniaga berkenaan telah ‘menipunya’.

Kisah wanita yang digelar sebagai makcik dan dikongsikan oleh seorang penghantar barang itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mahu membuat sumbangan serta membelikan periuk nasi yang baru untuknya.

Difahamkan, seorang pengguna TikTok telahpun menyumbang periuk nasi baharu buat wanita tersebut.

Wanita Akui Salah, Silap Sendiri Tak Baca Betul-Betul Penerangan Produk

Menerusi hantaran terkini di akaun TikTok penghantar barang berkenaan, @octoberr_7, warga emas itu tampil menceritakan kisah di sebalik pembelian periuk nasi mini miliknya.

Jelas wanita berkenaan, dia membuat pembelian tersebut ketika berlangsungnya jualan (sale) sempena 10.10.

Sewaktu membuat pembelian, dia yang sememangnya sedang mencari periuk nasi yang sesuai untuk seorang makan berasa teruja melihat harga jualan peralatan elektrik itu yang dijual murah.

Tidak menyangka saiz periuk nasi berkenaan terlalu kecil dan ibarat seperti mainan, dia terus membuat pembelian tanpa meneliti penerangan produk berkenaan.

Namun, dia mengakui silapnya sendiri yang tidak membaca penerangan mengenai produk tersebut dan membuat pembelian tergesa-gesa.

“Sebenarnya macam ni, duduk-duduk tu tengok la telefon, nampak ada periuk kecil macam comel, cukupla makan sorang yang tu.

“Ingatkan betul-betul tak baca sampai habis, salah acik (makcik) tak baca betul-betul,” katanya.

@octoberr_7

Kesian makcik ni , semoga makcik jangan sedih ya, kisahnya saya hantar barang rumah makcik dia excited cakap periuk nasi dia dah sampai saya pun pelik saya cakap la saya tak hantar periuk , lepas makcik ni unboxing periuk mainan rupanya.. sabar ya makcik..

♬ оригинальный звук – King Khan👑

Masih Rasa Hampa Terima Barang Tak Seperti Diharapkan

Namun, wanita berkenaan turut meluahkan rasa hampa dan kecewa kerana masih teringat periuk nasi yang diterimanya pada tempoh hari.

“Memanglah murah tak sangka pula tapi memang hampa la, sedih tak tahu nak cakap macam mana.

“Kita memang mengharap nak (periuk nasi) yang kecil tu,” katanya lagi.

Zahir Ucapan Terima Kasih, Dedah Akan Lebih Berhati-Hati

Pada masa yang sama, wanita yang itu menzahirkan ucapan terima kasih buat individu yang memberi sumbangan terhadap dirinya.

Malah, dia menjelaskan akan sentiasa lebih berhati-hati ketika membeli barang atau peralatan dalam talian.

@octoberr_7

Penjelasan dari makcik..selesai sudah..harap yang bertanya jelas segala cerita dari awal

♬ original sound – SRK1000FACES

Pengguna Media Sosial Bersimpati, Rupanya Ramai Ada Pengalaman Tersilap Beli Barang

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasib yang menimpa makcik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama tersilap membeli barang dek kerana terpengaruh dengan harga yang dijual.

Namun, ada juga pengguna TikTok memuji tindakan penghantar makanan itu yang prihatin dengan nasib wanita berkenaan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kesian Makcik Ni”

“Yang Bisnes Tolong La Jangan Buat Marketing Melampau, Kesian Dekat Orang-Orang Tua, Mereka Senang Tertipu”

“Makcik Dah Dapat Periuk? Kalau Belum Saya Nak Masuk Q Juga Belanja Makcik”

“Makcik Tak Keseorangan, Saya Nak Beli Motor Mainan Untuk Anak, Sampai-Sampai Besar Saiz Periuk Nasi Makcik La Saiznya”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Runner Cas RM50 Untuk Belikan Nasi Harga RM7.50, Guna Alasan Musim Hujan

Baca Artikel Berkaitan: Terperdaya Iklan Beli iPhone Dalam Talian, Kerani Berputih Mata Tanggung Kerugian Hampir RM10K

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.