fbpx
Now Reading
Sertai Festival Makanan Di Johor Bahru Tanpa Permit, 35 Penjaja Warga Asing Dicekup Jabatan Imigresen

Sertai Festival Makanan Di Johor Bahru Tanpa Permit, 35 Penjaja Warga Asing Dicekup Jabatan Imigresen

Menurut Pengarah JIM Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, 35 penjaja warga asing yang ditahan merupakan warganegara Thailand dan Indonesia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui untuk memasuki sesebuah negara khususnya untuk tujuan perniagaan atau pekerjaan seseorang memerlukan permit yang sah.

Ini kerana tanpa dokumen berkenaan, warga asing yang masuk ke Malaysia dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan boleh ditahan oleh pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sebagainya.

35 penjaja warga asing festival makanan dicekup JIM Johor kerana tiada permit sah

Pada 12 Oktober lalu, JIM Johor telah bertindak menahan 35 penjanja yang terbabit dalam festival makanan di Johor Bahru disebabkan tidak mempunyai permit yang sah.

Kesemua penjaja berkenaan telah ditahan dalam operasi Ops Selera sekitar jam 8.30 malam, kelmarin (12 Oktober).

Warga asing yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial

Menurut Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus sepasukan daripada Bahagian Penguatkuasa JIM Johor telah menyerbu lebih 52 gerai di festival berkenaan.

“Tindakan diambil susulan maklumat awam berhubung warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Dalam operasi itu, seramai 102 warga asing dan warga tempatan diperiksa. Terdapat cubaan melarikan diri ketika pemeriksaan dilakukan di beberapa buah gerai, namun tindakan cekap pegawai kesemua warga asing tersebut berjaya dicekup,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook.

Penjaja yang ditahan merupakan warganegara Thailand dan Indonesia

Ujar beliau, penjaja yang ditahan berusia sekitar 19 hingga 55 tahun dan terdiri daripada 20 lelaki serta 6 perempuan dari Thailand manakala 8 lelaki dan seorang lagi perempuan merupakan warganegara Indonesia.

“Kesemua warga asing yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatana Sosial (PLS), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

“Sebanyak 5 notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan.”

Tambah beliau lagi, JIM Johor akan terus komited membanteras warga asing yang menyalahgunakan kemudahan dan pas untuk tinggal di negara ini dan bekerja di Malaysia.

Katanya lagi, JIM tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada majikan dan juga pemilik premis yang menggajikan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas atau permit yang sah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.