Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya mengimpikan untuk hidup bahagian hingga ke akhir hayat.
Bahkan, setiap pasangan juga sering dititipkan kata-kata harapan seperti ‘till jannah’ yang membawa maksud semoga kekal hingga ke syurga.
Pun begitu, tak dinafikan juga tidak semua hubungan yang berpaut itu kekal selamanya, ada yang goyah di tengah jalan dan memilih untuk berpisah.
Pasangan warga emas dilihat mesra bersama meskipun dimamah usia
Pun begitu, lain pula dengan dua warga emas dipercayai pasangan suami isteri ini apabila dilihat tetap mesra bersama meskipun keduanya telah dimamah usia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @asyashaa, pemilik akaun yang dikenali sebagai Sha berkata, dia merakam gelagat pasangan itu kerana berasa berasa terharu melihatnya.
“Kasih sayang yang macam ini sangat mahal, tak semua kita dapat merasa. Doakan yang baik-baik untuk pasangan ini,” tulisnya di kapsyen.
Pimpin tangan siap payungkan, tak nak isteri dibasahi hujan
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki lanjut usia itu memimpin tangan isterinya sambil memayung wanita terbabit ketika mereka berdua berjalan di dalam hujan.
Menurut Sha, pasangan warga emas berkenaan berjalan kaki menuju ke sebuah restoran untuk makan bersama-sama.
Meskipun kedua-dua mereka sudah uzur, bahkan berjalan pun sudah tidak sekuat dahulu, namun mereka tetap gagahkan diri berjalan bersama-sama.
Ramai terharu dan sebak, siap titip doa
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terharu dan sebak melihat pasangan warga emas terbabit yang tetap ada menemani antara satu sama lain.
Bahkan, kebanyakan mereka turut menitipkan doa agar kedua-duanya diberikan kesihatan serta hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan syurga.
Mesti ramai yang impikan untuk kekal bahagian bersama-sama pasangan hingga ke tua sebegini bukan?