Tular Orang Jepun ‘Convert’ Daihatsu Mira Jadi Kelisa, Siap Tukar Plat Nombor Gaya Malaysia
Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kereta Daihatsu Mira berkenaan saling tak ubah seperti Perodua Kelisa EZ dan yang hanya membezakannya adalah bilangan pintu sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, terdapat ramai pemilik kereta yang gemar memodifikasi kenderaan mereka mengikut cita rasa masing-masing.
Namun, antara modifikasi yang paling banyak dilakukan di negara ini semestinya mengubah kereta dari jenama tempatan menjadi K-Car atau JDM (Japanese Domestic Market).
Hal ini kerana kebanyakan kereta seperti dari jenama Perodua hanyalah ‘rebadge’ dari jenama Daihatsu, maka tidak begitu sukar untuk memodifikasinya menjadi JDM.
Bahkan peminat-peminat kereta K-Car dan JDM di Malaysia mempunyai komuniti tersendiri yang aktif berkongsi mengenai minta mereka itu sehingga hari ini.
Warga Jepun ubahsuai Daihatsu Mira jadi Perodua Kelisa
Pun begitu, lain pula dengan seorang individu di Jepun yang dikenali sebagai Kenji Hishoni apabila dia pula yang sebaliknya mengubah kereta jenama Daihatsu menjadi Perodua.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook perbincangan isu kereta, Paultan.org, kelihatan kereta jenis Daihatsu Mira L700 tiga pintu itu diubahsuai menjadi Perodua Kelisa EZ keluaran tahun 2003 ke atas.
Siap guna logo Perodua dan plat nombor gaya Malaysia
Lebih menarik lagi, bukan hanya ‘bodykit’ sahaja yang ditukar, bahkan logo kereta tersebut juga diubah menjadi logo Perodua selain memasang nombor pendaftaran jenis di Malaysia.
Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kereta Daihatsu Mira berkenaan saling tak ubah seperti Perodua Kelisa EZ dan yang hanya membezakannya adalah bilangan pintu sahaja.
“Ada seseorang di Jepun yang memutuskan untuk menukar Daihatsu Mira tiga pintu menjadi Perodua Kelisa, malah menggunakan plat nombor gaya Malaysia.
“Sebelum ini ada juga orang di Jepun yang menukarkan Daihatsu Move menjadi Perodua Kenari, saya tertanya-tanya adakah ini orang yang sama?” tulis di kapsyen.
Netizen beri pelbagai reaksi, bangga reka bentuk Malaysia diterima di Jepun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat modifikasi yang dilakukan oleh warga Jepun itu.
Tidak kurang juga yang berbangga kerena masyarakat di sana juga menerima dan suka dengan reka bentuk kereta di Malaysia.
Kira adil lah, kita ubahsuai jadi Daihatsu, diorang pula ‘convert’ jadi Perodua. 😎