3 Bulan Berniaga Tak Rasa Untung, Usahawan Dakwa Ex GF Sendiri Arah Pekerja Curi Duit [Video]
Susulan itu, lelaki yang dikenali sebagai Enish itu memberikan tempoh kepada individu berkenaan selama 24 jam untuk menemuinya meminta maaf atas dan memulangkan semula wang dicuri itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap syarikat pasti mempunyai pekerja yang diberikan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan penting seperti mengendali atau menjaga kewangan syarikat.
Selalunya, pekerja-pekerja sebegini sudah lama bekerja di syarikat terbabit atau rapat dengan pihak atasan atau majikan.
Namun, jika kepercayaan yang diberikan itu dibalas dengan pengkhianatan, sudah pasti rasa sakit di hati majikan susah untuk digambarkan.
Peniaga dakwa pekerja diberikan kepercayaan curi duit hasil jualan kedai
Begitulah yang dilalui oleh seorang majikan ini yang dikenali sebagai Enish apabila mendakwa pekerja yang diberikan kepercayaan selama ini telah mencuri duit hasil jualan di kedainya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@hrithdnsh), Enish kelihatan sangat sedih dengan tindakan yang dilakukan oleh pekerjanya itu.
“Orang yang saya percaya selama ini tikam belakang saya, orang yang saya jaga selama ini, tikam belakang saya, orang yang saya bagi tempat tinggal, saya bagi makan, saya bagi gaji tikam belakang saya.”
Rupanya bekas kekasih sendiri yang arah curi duit
Lebih menyakitkan, Enish menyatakan bahawa perkara tersebut telah diarahkan oleh salah seorang bekas pekerjanya sendiri.
Dakwanya lagi, bekas pekerja berkenaan juga merupakan bekas kekasihnya dan wanita terbabit dikatakan menyuruh kakaknya yang bekerja di situ untuk mencuri duit tersebut.
“Iye, ex staff dan ex partner. Dia aturkan kewangan syarikat sebelum ini. Sebelum putus (hubungan) dia panggil kakak dia kerja sekali, lepas putus dan berhenti (kerja) kakak dia buat kerja kotor untuk dia,” katanya.
3 bulan tak rasa untung berniaga
Menurutnya, selama tiga bulan perkara itu berlaku, Enish tidak merasa langsung keuntungan hasil perniagaannya.
“Tiga bulan saya tak rasa langsung untung berniaga saya disebabkan dia suruh orang yang saya jaga sekarang ini curi duit saya setiap hari dan benda ini berlarutan selama tiga bulan,” katanya.
Susulan itu, Enish memberikan tempoh kepada individu berkenaan selama 24 jam untuk menemuinya dan meminta maaf atas perkara berkenaan serta memulangkan semula wang dicuri itu.
“Aku sampai tergerak hati marah mak aku setiap kali dia nak duit daripada aku. Aku tahu kau akan lari, aku tak nak besarkan hal ini sampai jadi kes polis, aku nak kau jumpa aku pulangkan duit aku,” katanya.
Perkara tersebut turut tular hingga ke platform media sosial X sehingga meraih perhatian ramai orang yang bersimpati terhadap nasib Enish dan mengecam tindakan pencuri wang tersebut termasuk individu yang mengarahkannya.
3 bulan niaga tak rasa untung niaga rupanya staff curi duit. Allahuu…
— 🇲🇾 (@localrkyt) October 15, 2024
Pentingnya rasa bertanggungjawab dan kejujuran dalam melakukan amanah kerja. Semoga dipermudahkan segala urusan.
📹 hrithdnsh pic.twitter.com/BHLdDJBP5E