“Baik Menangis Dalam Lambo Daripada Kereta Lain” – Gadis Pilih Lelaki Kaya Jadi Suami Undang Perhatian [Video]
Dalam sesi temu bual tersebut, gadis yang dikenali sebagai Tisya itu juga berpendapat income RM10,000 sebulan tidak mencukupi pada masa kini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan untuk menjalani kehidupan berumah tangga.
Bagi kebanyakan orang, rupa dan wang ringgit bukanlah kriteria utama, asalkan suami atau isteri mampu menyayangi dan menerima kita seadanya.
Lebih Memilih Lelaki Berada Berbanding Lelaki Biasa
Namun, berbeza pula dengan seorang gadis ini apabila dia meletakkan kekayaan sebagai ciri utama buat lelaki yang mahu menjadi suaminya.
Menerusi video temubual yang dikongsikan di akaun TikTok @opaimovement, pengguna berkenaan telah menembu bual seorang gadis bernama Tisya tentang suami pilihannya.
Melalui perkongsian itu, pemuda berkenaan telah bertanyakan Tisya sama ada dia akan memilih lelaki biasa atau lelaki kaya untuk dijadikan pasangan.
“You (awak) akan pilih lelaki, yang biasa-biasa tetapi duduk rumah, setia atau lelaki yang kaya, dia boleh provide you anything (sediakan segalanya), tapi dia jenis keluar malam, clubbing (kaki kelab), you pilih mana?
Namun, jawapan yang diberi Tisya nyata mengejutkan dan menarik perhatian ramai.
“I sebenarnya, I ni open minded (fikiran terbuka). Kau nak buat apa, kau buatlah, lantak kaulah, janji duit masuk.
“Lebih baik kita menangis dalam lambo (Lamborghini) daripada menangis dalam kereta-kereta lainlah,” jawab Tisya.
Akui Gaji RM10,000 Sebulan Tidak Cukup Untuk Jalani Kehidupan Masa Kini
Ketika ditanya berapa gaji minimum yang perlu ada pada seorang lelaki jika mahu menjadi teman lelakinya, gadis berkenaan menjelaskan dia tidak memilih rakan.
Bagi Tisya, dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau gaji seseorang.
Namun, Tisya menjelaskan dia lebih memilih lelaki yang stabil dan kaya untuk dijadikan suami.
Ini kerana gadis itu merasakan kos sara hidup pada masa kini menyebabkan dia lebih memilih untuk mencari bakal suami sedemikian.
“I (Saya) tak memilih lelaki, I tak pernah memilih lelaki tetapi untuk berkahwin of course kita kena memilih, sebab kita kena fikir our future (masa depan).
“So, kalau kita pilih lelaki yang gaji tak mampu untuk zaman sekarang ni takkan kita nak pilih kalau kita boleh dapat lelaki gaji yang boleh survive (hidup) untuk zaman sekarang,” katanya.
Tidak meletakkan secara spesifik jumlah pendapatan yang perlu diperolehi oleh bakal suaminya namun Tisya berpendapat gaji bulanan RM10,000 tidak mencukupi bagi menjalani kehidupan pada masa sekarang.
“RM10,000 pun I boleh cakap tak cukup untuk zaman sekarang ni disebabkan kalau anak sorang pun kita nak hantar ke sana sini, dah berapa kos, kita nak travel (melancong).
“I tak beli handbag mahal pun I tak de masalah. Cumanya untuk selesa kena lebih daripada tu la, Kalau satu kerja tak dapat gaji tu, mungkin boleh buat dua tiga kerja,” katanya.
Ramai Yang Tidak Setuju Namun Ada Yang Menyokong
Video yang telah mendapat lebih 620,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka mengecam kenyataan dan penetapan kriteria bakal suami yang ditetapkan oleh gadis berkenaan.
Bagi mereka, Tisya seharusnya bersikap realistik dan menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menetap dan memilih kriteria tersebut.
Namun, ada juga yang menyokong kenyataan gadis berkenaan. Bagi mereka, pada masa kini wanita seharusnya memilih lelaki yang lebih stabil untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Nak Lelaki Yang Ada Lambo, Tapi Akak Ada Apa Je?”
“Setuju, Betul La Pendapat Dia, Kena Usaha Kalau Nak Perempuan Cantik”
“Kalau Dapat Anak Lelaki, Pastikan Dia Boleh Dapat Apa Yang Tisya Nak”
“Sila Andartu Sampai Mereput”
“Saya Pun Memilih Tapi Paling Best Menangis Dalam Kereta Sendiri Sebenarnya”
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sekali Keluar Kena RM5,000” – Wanita Pilih Lelaki Kaya Berbanding Kacak Jadi Perhatian [Video]