Enggan Kotorkan Lantai, Lelaki Buka Kasut Sebelum Masuk Ke Mesin ATM Raih Pujian [Video]
Kagum dengan perbuatan lelaki itu, kedengaran pengguna TikTok berkenaan bertanyakan sebab di sebalik tindakannya yang membuka kasut sebelum masuk menggunakan ATM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akhlak dan peribadi yang baik merupakan ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Namun, tidak semua orang pada masa kini dilihat mempunyai adab dan common sense ketika menjalani kehidupan seharian. Rata-ratanya lebih mementingkan diri sendiri.
Sanggup Buka Kasut Sebelum Keluarkan Duit
Tidak semua namun berbeza pula dengan seorang individu ini yang dilihat tinggi adab dan baik tingkah lakunya.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mat_yoe, kelihatan seorang lelaki berkaki ayam dipercayai sedang mengeluarkan duit dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM).
Tindakan lelaki yang dipercayai warga asing itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok yang dikenali sebagai Khairul hingga timbul persoalan sebab di sebalik perbuatannya itu.
Khairul terus mengekori lelaki terbabit yang kemudiannya dilihat menyarung kembali kasut but berwarna hitam yang diletakkan di luar premis berkenaan.
Tidak Mahu Susahkan Orang Dengan Kotorkan Lantai
Kagum dengan perbuatan lelaki itu, kedengaran Khairul bertanyakan sebab disebalik tindakannya yang membuka kasut.
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu mengotorkan lantai dalam bilik mesin ATM tersebut.
Melalui video itu, dapat dilihat terdapat kotoran seperti tanah liat berada pada tapak kasut lelaki berkenaan.
Tindakan mulia lelaki warga asing itu nyata menarik perhatian pemilik video hingga kedengaran Khairul memujinya.
“Bai, you baguslah, orang lain masuk je, awak buka kasut di sini dulu,” katanya di dalam video.
Malah, Khairul turut meluahkan rasa kagum serta malu dengan diri sendiri apabila melihat perbuatan dan keperibadian lelaki tersebut.
“Tinggi sungguh adabmu, sesungguhnya aku malu,” tulis pengguna TikTok berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Pengguna Media Sosial Puji Keperibadian Lelaki
Video yang telah mendapat 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka memuji tindakan lelaki berkenaan yang sanggup berkaki ayam dan memikirkan orang lain terlebih dahulu.
Bagi mereka, ia satu tindakan terpuji dan jarang untuk ditemui individu yang sanggup bertindak sedemikian.
Tidak kurang ada juga yang memuji tindakan pengguna TikTok berkenaan yang merakam momen tersebut tanpa mendedahkan muka lelaki terbabit.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Ini Baru Orang Kaya Sebenar, Kaya Dengan Adab Susah Nak Jumpa Zaman Sekarang”
“Bukan Dia Je, Awak Pun Beradab Juga, Tak Tunjuk Muka Dia”
“Dia Tahu Menilai & Menghargai penat Lelah Orang Yang Membuat Pembersihan, Allah Maha Melihat”
“Inilah Yang Dimaksudkan Adab Nombor 1, Ilmu Nombor 2”
Baca Artikel Berkaitan: Sikap Anak Suka Berkongsi & Pemurah Dengan Rakan Buat Ibu Terharu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]