fbpx
Now Reading
“Itu Hadiah Dari Syurga Saya” – Budak Lelaki Buka Mulut Selepas Diperlekeh Pakai Kasut Tiruan

“Itu Hadiah Dari Syurga Saya” – Budak Lelaki Buka Mulut Selepas Diperlekeh Pakai Kasut Tiruan

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak lelaki berkenaan mendedahkan dia terkejut apabila mengetahui perkongsian anaknya mengenai kasut Nike itu di TikTok menjadi perhatian hingga mendapat kecaman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Arman memakai kasut sukan pemberian ibunya ketika berjoging.

Namun, video yang dikongsikan di akaun TikTok @manzroketsecacc mula menjadi perhatian apabila ada segelintir pengguna media sosial yang mempertikai keaslian kasut berkenaan.

Malah, ada di kalangan mereka yang dilihat memperlekeh kanak-kanak lelaki berkenaan kerana memakai barang tiruan sehingga isu tersebut tular.

Ada di antara mereka yang merasakan tidak seharusnya individu lain mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap kanak-kanak lelaki itu.

Tidak Kisah Pakai Kasut Tak Ori, Hargai Pemberian Mak

Tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh netizen mengenai kasut pemberian ibunya, Arman atau nama sebenarnya Muhammad Arman Mohd Khairi menjelaskan dia tidak kisah dengan keaslian barang berkenaan.

Bagi Arman, apa yang penting adalah kasut itu merupakan pemberian dari orang yang tersayang iaitu ibunya sendiri.

 “Itu hadiah daripada mak, syurga saya dan saya tahu kasut itu bukan asli tapi tak mengapalah.

“Saya tidak kisah sebab tahu harga kasut ‘ori’ (asli) mahal lalu minta mak belikan menyamai jenama itu,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Difahamkan, kasut Nike berwarna hitam biru itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 8 Oktober lalu.

Sedar Harga Kasut Original Mahal

Menceritakan dengan lebih lanjut, Arman menjelaskan dia sememangnya meminati model kasut jenama berkenaan.

Namun, sedar dengan harga yang dijual terlalu mahal, Arman meminta hadiah seakan kasut yang sama kerana enggan membebankan ibu bapanya.

“Saya beritahu mak mahu kasut itu dan cakap cari yang seakan sama kerana harganya mahal sangat. Saya tak kisah kasut itu asli atau tidak, janji saya dapat model seperti itu.

“Mak belikan kasut itu dalam talian dan harganya tidak sampai RM80. Saya rasa gembira sehingga melompat apabila dapat ‘kasut’ itu,” katanya lagi.

Hargai Pemberian Ibu Bapa

Tambah Arman, dia bersyukur dengan setiap hadiah yang diberikan oleh kedua ibu bapanya malah, setiap hadiah memberi makna kepadanya.

“Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan.

“Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya.

“Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu.

“Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga,” ujarnya.

Ibu Terkejut Hantaran Anak Jadi Perhatian, Maafkan Individu Yang Kecam Anak

Dalam pada itu, ibu Arman yang dikenali sebagai Puspa Diyana Hussin mendedahkan dia terkejut apabila mengetahui perkongsian anaknya menjadi perhatian hingga mendapat kecaman.

Namun, dia dan keluarga memaafkan individu yang melakukan perbuatan terbabit.

Jelas Puspa, video yang dimuat naik oleh Arman hanyalah kandungan video biasa bukanlah bertujuan untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan.

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan menghadiahkan kasut kepada anak lelakinya itu.

“Apabila video Arman dikecam, dia rasa ‘down’ dan tunjuk kepada saya semua komen. Saya minta dia bersabar kerana perkara seperti itu adalah biasa jika di media sosial. Dia yang sedih kemudiannya terus tidur.

“Saya juga ada tinggalkan komen untuk menerangkan isu itu dan sejujurnya memang komen agak menguris hati hingga buat saya sedih tetapi kami maafkan, malah ada yang kecam pun, mesej kami minta maaf,” katanya.

Ibu Sifatkan Arman Anak Yang Baik

Pada masa yang sama, Puspa menyifatkan anak kedua daripada tiga orang beradik itu sebagai anak yang sangat memahami, ringan tulang, suka membantu, disenangi ramai dan pandai menghargai pemberian orang.

“Ini kali pertama Arman minta hadiah kerana dia sangat suka kasut itu dan saya belikan juga walaupun bukan asli kerana tidak mahu berasa ralat.

“Kalau nak beli kasut asli boleh cuma kena simpan wang kerana kalau beli terus ketika itu, macam mana dengan keperluan lain kerana harga kasut itu mahal,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.