“Jangan Kacau” – Guru Vokal Tegur Emcee Semasa Jadi Juri Raih Perhatian Ramai [Video]
Menurut juri berkenaan, pemarkahan yang diberikan mempunyai kategori profesionalisme untuk menilai tindakan yang dilakukan oleh peserta di atas pentas sekiranya berlaku masalah teknikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebiasaannya sesuatu pertandingan yang melibatkan pemberian markah pasti ada juri yang akan membuat penilaian.
Selain memberikan markah, pihak ini juga bertanggungjawab dalam memberikan komen serta teguran kepada peserta selepas membuat persembahan.
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang juri yang juga penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar menegur pengacara majlis (emcee) dalam sebuah pertandingan.
Tular juri tegur emcee semasa ingin beri komen kepada peserta
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Adzrin menegur emcee terbabit kerana mengajak peserta berbual ketika masalah teknikal berlaku ketika sedang membuat persembahan.
Menurutnya, pemarkahan yang diberikan mempunyai kategori profesionalisme untuk menilai tindakan yang dilakukan oleh peserta di atas pentas sekiranya berlaku masalah teknikal.
Juri tak boleh bagi markah profesionalisme, emcee ajak peserta berborak
“Kita ni (juri) ada markah ‘set up & break down time’ sebab kita nak tengok bagaimana mereka mengawal masalah, mengawal masalah sebab kita dekat sini untuk mencungkil keupayaan mereka untuk mengawal pentas.
“Tapi bila kau emcee dekat situ menyelesaikan masalah diorang dengan ajak berborak macam mana nak bagi markah profesionalisme ni, jangan kacau,” katanya.
Dalam video sama, turut kedengaran emcee terbabit menjawab sebahagian kata-kata yang diberikan oleh juri berkenaan.
Bagaimanapun, jelas Adzrin, teguran yang diberikan kepada emcee terbabit bukanlah sesuatu yang serius, sebaliknya hanya gurauan semata-mata memandangkan pengacara majlis berkenaan adalah rakannya sendiri.
Ramai kecam emcee, ganggu juri bagi markah pada peserta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan emcee berkenaan yang menggangu pihak juri dalam menilai dan memberikan markah kepada peserta.
Tidak hanya itu, ada juga yang menyifatkan pengacara terbabit sebagai biadap kerana menjawab dan menyampuk kata-kata yang diberikan oleh pihak juri.