fbpx
Now Reading
Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian

Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian

Lebih mengejutkan, majoriti daripada mereka merupakan golongan muda yang berusia 20an dan kebanyakan kereta yang dipilih adalah di luar kemampuan antaranya seperti Honda Civic (Ketam), Toyota Vios, Honda City dan Perodua Myvi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, kecoh di media sosial pendedahan seorang jurujual mengenai kisah pelanggannya yang bergaji RM3,000 mahu membeli kereta Mercedes A45S.

Hantaran yang dikongsikan di Threads itu nyata mendapat perhatian kerana ramai yang berpendapat pelanggan berkenaan mempunyai ‘selera besar’ tanpa mengukur keupayaan diri apabila mahu membeli kereta di luar kemampuan.

Baca Artikel Berkaitan: “Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi

Jurujual Kongsi Sikap Golongan Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Kemampuan

Kisah yang sama turut dikongsikan oleh seorang jurujual syarikat kereta terpakai, Hamidi Garage apabila boleh dikatakan kebanyakan pelanggannya turut menunjukkan sikap yang sama.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @syafiqpikkkk, penjual (SA) itu berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp daripada pelanggannya sendiri.

Melalui perkongsian berkenaan, dia yang dikenali sebagai Syafiq telah meminta kesemua pelanggannya untuk mengisi beberapa maklumat antaranya seperti umur, kereta pilihan, pekerjaan, gaji pokok dan gaji bersih bagi memudahkan dia untuk menyemak kelayakan.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kebanyakan pelanggannya itu mempunyai gaji bersih di antara RM1,000 hingga RM1,800.

Lebih mengejutkan, majoriti daripada mereka merupakan golongan muda yang berusia 20an dan kebanyakan kereta yang dipilih adalah di luar kemampuan antaranya seperti Honda Civic (Ketam), Toyota Vios dan Honda City.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Ada Yang Tiada Lesen & Disenarai Hitam Mahu Beli Kereta

Selain daripada jumlah pendapatan yang dilihat agak rendah, ada di antara pelanggannya itu juga tidak mempunyai lesen.

Malah, ada yang sedang berada dalam senarai hitam (blacklist) walaupun gaji bulanan agak banyak.

“Sedikit ragam customer (pelanggan) Syafiq. Banyak datang dari golongan muda.

“Ingat, beli kereta bukan bayar sebulan dua. Menyesal tak sudah nanti,” tulisnya di ruang kapsyen.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Ramai Persoal Sikap Golongan Muda, Buat Pembelian Tak Ukur Baju Di Badan Sendiri

Video yang telah mendapat lebih 260,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.

Rata-rata daripada mereka mengecam dan mempersoal sikap pelanggan jurujual berkenaan yang dilihat mahu membeli kereta tidak mengikut kemampuan.

Malah, ada pengguna yang mempunyai pendapatan melebihi daripada pelanggan Syafiq membuat perbandingan dengan diri sendiri yang lebih memilih kereta biasa.

Namun, ada juga yang berpendapat tiada salahnya jika mereka mahu membuat pembelian asalkan mereka mampu membayar komitmen bulanan berkenaan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Berani Budak Sekarang, Apa Dia Ingat Pakai Kereta Ni Bayar Bulan-Bulan Je”

“Gaji RM2500 Pun Sesak Pakai Saga Premium, Ini Pula Gaji RM1400”

“Allahu, Aku Gaji 4K Lebih, Bujang Pun Tak Bernafas Bayar Bezza, Macam Mana Gaji RM1,000 Lebih Nak Vios Tu”

“Kalau Saya Dapat Myvi SE Yang Second Pun Tak Pa Dah, Takutlah Kereta Baru Nak Bayar Bulan-Bulan Sekarang Walaupun Gaji Mampu, Lebih Baik Rendahkan Komitmen”

Baca Artikel Berkaitan: Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Ada Bayar Ansuran 5 Tahun”- Penjual Kongsi Ragam Pelanggan, Bergaji RM2,000 Tapi Mahu Pakai iPhone 15 Pro Max

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.