“Adik Cepatlah Naik” – Telatah Anak Merajuk Dengan Bapa Sebab Lambat Jemput Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video tular, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang berjalan kaki bersebelahan dengan tanah perkuburan kerana merajuk dengan si bapa yang lambat menjemputnya dari sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila hidup berkeluarga, pasti ada masanya kita serius dan ada masanya kita nak bergurau lebih-lebih lagi dengan ibu bapa sendiri. Ada juga yang membuat kejutan (prank) semata-mata untuk kenakan orang tua kita.
Kadangkala, bukanlah marah tentang sesuatu perkara tetapi sengaja menyakat seolah-olah diri sendiri sedang merajuk dengan mereka.
Dalam tidak sedar, ragam-ragam inilah yang membuatkan sebuah hubungan kekeluargaan semakin rapat dan silaturahim pun terjaga dalam tempoh masa lama.
Anak Jalan Kaki Sebab Merajuk Dengan Si Bapa
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zainehashim82) menyaksikan gelagat ayah dikenali sebagai Zaine yang sedang melayan perangai anak lelakinya selepas pulang dari sekolah.
Menerusi video perkongsian, anak lelaki yang dipanggil dengan gelaran adik itu dilihat sedang berjalan kaki di bahu jalan sambil mengendong begnya.
Difahamkan, adik merajuk dengan si bapa kerana lambat menjemputnya pulang daripada sekolah. Perkara yang mencuit hati adalah apabila Zaine bersungguh-sungguh memujuk murid tersebut sambil menunggang motosikal dengan perlahan di belakangnya.
“Tadi ayah tolak motor. Minyak motor habis ni. Ayah minta maaflah lambat sikit. Adik, kau nampak kubur tu (dekat sebelah), kau tak takut?
“Bukan sengaja ayah tak nak ambil kamu, ayah lambat sikit je. Sebelum ni mana pernah ayah lambat. Kamu marah dekat ayah ke? Cepatlah naik,” kata si ayah.
Jawapan adik iaitu, “Takpelah” membuatkan Zaine lebih pening kepala dengan ragam anak lelaki berkenaan.
Terus Tak Jadi Merajuk Lepas Diajak Ke Kedai
Selepas bermacam-macam cara memujuk, Zaine akhirnya mengajak anak lelakinya itu ke sebuah kedai. Tanpa berfikir panjang, mood adik terus baik dan mahu menaiki motosikal ayahnya.
“Kamu nak apa? Ayah beli, kita pergi kedai aunty. Ei kamu kalau cakap nak pergi kedai (gembira), kamu suka dekat aunty ya? Tadi merajuk. Ayah ni bukan tak nak ambil kamu,” ujar si bapa sambil tertawa melihat telatah adik.
@zainehashim82 cakap g kedai aunti laju je ye#tiktokmalaysia🇲🇾 #foryoupage❤️❤️ #fypシ゚viral #fyp ♬ bunyi asal – 🇲🇾Along82🇲🇾
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Gelagat Adik Merajuk Dengan Si Bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur lihat gelagat comel dua anak-beranak berkenaan.
“Penyabar betul ayahnya sampai minta maaf berkali-kali. Ayah orang lain aku rasa dah kena tinggal sia-sia je dekat situ. Baliklah kau jalan kaki 🤣,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga yang memuji Zaine kerana bertindak meminta maaf kepada kanak-kanak tersebut.
“Generasi sekarang adalah ibu bapa terbaik sebab minta maaf dekat anak. Zaman mak ayah kita tak dapat macam ni 😭,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman mereka merajuk dengan bapa sewaktu masih kecil.
“Dulu abang merajuk macam ni lah dik. Ayah abang pujuk macam ni. Abang buat tak tahu je sambil jalan. Lepas tu ayah sound, ‘Kau nak naik tak? Kang aku bedal dengan ranting ni, naik cepat.’ Laju terus abang naik dik, sebab takut,” jelas seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Bapa ‘Merajuk’ Dengan Anak Hingga Sanggup Balik Rumah Jalan Kaki Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Geli Hati Tengok Kanak-Kanak Takut ‘Dikelilingi’ Rambutan