fbpx
Now Reading
Mitsubishi Triton Gen-6 Hadir Dengan 5 Varian, Harga Bermula RM101,980

Mitsubishi Triton Gen-6 Hadir Dengan 5 Varian, Harga Bermula RM101,980

Kesemua varian Triton baharu ini dibina untuk kegunaan pengembaraan dan juga perniagaan, menawarkan kawalan yang kukuh dan keyakinan di jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (16 September) Mitsubishi Motors Malaysia telah melancarkan versi terbaru trak pikap popular mereka, generasi keenam Mitsubishi Triton.

Model Triton baharu yang didatangkan dengan lima varian ini adalah peningkatan besar dari model sebelumnya yang menawarkan reka bentuk, prestasi, dan teknologi lebih baik.

5 varian Mitsubishi Triton 2024:

  1. Triton Athlete
  2. Triton AT Premium
  3. Triton AT GL
  4. Triton MT GL
  5. Triton Single Cab (Baru)
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Spesifikasi engin Triton generasi keenam

Model utama dalam barisan ini ialah Triton Athlete, yang dilengkapi dengan enjin diesel 2.4L baru yang berkuasa dan sistem turbo ‘stage two’, menghasilkan 204PS dan 470Nm tork.

Sementara varian Triton yang lain hadir dengan enjin diesel turbo 2.4L yang sedikit kurang berkuasa tetapi masih mengagumkan, memberikan 184PS dan 430Nm tork.

Kesemua varian Triton baharu ini dibina untuk kegunaan pengembaraan dan juga perniagaan, menawarkan kawalan yang kukuh dan keyakinan di jalan raya.

Mitsubishi juga memastikan ketahanan dalam Triton baru ini. Casisnya lebih kukuh daripada sebelumnya, direka untuk menahan keadaan medan yang sukar, manakala transmisi manual enam kelajuan dan automatik membantu meningkatkan keselesaan pemanduan.

Triton Athlete hadir dengan 7 mod pemanduan

Selain itu, salah satu ciri utama yang ada pada Triton Athlete ialah sistem 4WD canggih, dipanggil Super Select 4WD-II.

Sistem ini membolehkan pemandu memilih mod pemanduan yang sesuai bergantung pada keadaan jalan. Varian lain pula mempunyai sistem 4WD Easy Select yang lebih mudah tetapi masih boleh dipercayai.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Triton 2024

Triton Athlete juga mempunyai ciri yang dipanggil Active Yaw Control (AYC), ciri ini menjadikan pemanduan di jalan berselekoh lebih selamat dengan mengawal cengkaman roda di atas jalan.

Keselamatan menjadi keutamaan dalam Triton baru ini, susulan itu model Triton Athlete dan Triton AT Premium dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Sistem Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), dan banyak lagi.

Dalam pada itu, semua model dilengkapi dengan kawalan kestabilan dan tarikan sebagai standard untuk pengendalian yang lebih baik, serta ciri-ciri seperti Hill Start Assist dan Hill Descent Control untuk menguruskan cerun.

Reka bentuk Mitsubishi Triton Gen-6

Dari segi reka bentuk, Mitsubishi memilih rupa yang berani dan garang, diilhamkan oleh konsep “Beast Mode”.

Gril hadapannya kelihatan agresif, dan lampu LED berbentuk L pada waktu siang memberi rupa tajam seperti helang kepada trak ini.

Bahagian dalaman luas dan moden, dengan ruang penyimpanan yang berguna, port pengecasan USB, dan dalam Triton Athlete, pengecas tanpa wayar.

Tawaran hebat dari Mitsubishi kepada para pelanggan!

Lebih menarik lagi, Mitsubishi juga menawarkan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had (unlimited mileage) untuk tempahan yang dibuat sebelum Disember 2024 pada Triton Athlete.

Manakala varian lain datang dengan jaminan lima tahun atau 200,000 km. Pelanggan awal yang menempah Triton melalui bilik pameran dalam talian juga akan mendapat kotak simpanan lipat 60 liter percuma bernilai RM450.

Dengan generasi baru Triton ini, Mitsubishi berhasrat untuk menyediakan trak pikap yang cemerlang dalam kedua-dua prestasi dan keselamatan, menjadikannya pilihan yang kukuh bagi pemandu yang mencari kenderaan lasak yang boleh diharapkan dan inovatif.

Triton baharu ini juga hadir dengan tujuh pilihan warna iaitu Yamabuki Orange, Jet Black Mica, White Diamond, Graphite Gray, Solid White dan Blade Silver.

Berikut harga bagi setiap varian tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia:

  • Triton Athlete (RM165,980)
  • Triton AT Premium (RM145,980)
  • Triton AT GL (RM116,980)
  • Triton MT GL (RM114,980)
  • Triton Single Cab (RM101,980)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.