fbpx
Now Reading
Sony Pictures Tertarik Lihat Lukisan Venom Dengan Corak Batik Malaysia, Anggap Ia Luar Biasa!

Sony Pictures Tertarik Lihat Lukisan Venom Dengan Corak Batik Malaysia, Anggap Ia Luar Biasa!

Sony Pictures menyifatkan corak batik dan watak Venom yang ganas digabungkan dengan cukup sempurna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Batik merupakan salah satu seni tradisional Malaysia yang diwarisi sejak dari zaman nenek moyang dan masih mendapat permintaan sehingga ke hari ini.

Meskipun ia sudah berusia puluhan tahun, warisan tersebut masih dipelihara dengan baik agar ia tidak dilupakan oleh orang ramai.

Malah, hasil kraftangan batik ini juga boleh menjadi simbolik bagi Malaysia kepada pelancong luar negara.

Baca Artikel Berkaitan: Hasil Seni Batik Malaysia Muncul Dalam Video Promosi Karnival Kaligrafi Dunia. Bangganya!


Pelukis Tempatan Cipta Gambar Venom Dengan Corak Batik Malaysia Undang Perhatian Sony Pictures

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@arifrahan), pelukis tempatan ini memaparkan satu lukisan watak dalam filem Venom yang dicipta dengan corak batik Malaysia.

Perkongsiannya itu sekaligus telah mendapat perhatian pihak syarikat perfileman antarabangsa iaitu Sony Pictures selepas mereka turut memuat naiknya dalam sebuah hantaran di Facebook.

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan ini. Gabungan budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” kapsyen Sony Pictures dalam hantaran mereka.

Dalam ciapan mereka di laman X (@sonypicmy) pula, terdapat satu lagi rekaan batik dari Arif Rafhan yang menunjukkan visual Venom bersama Tom Hardy yang melakonkan watak Eddie Brock.

Jelas mereka lagi, keanggunan corak batik dan keganasan watak Venom itu dilihat telah mencipta suatu seni yang cukup luar biasa.

Rakyat Malaysia Tumpang Bangga Dengan Pencapaian Pelukis Batik Tempatan Itu

Perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook Sony Pictures itu dipenuhi dengan pelbagai komen dari orang ramai termasuklah pujian kepada pelukis batik dari Malaysia itu.

“Hasil seni yang bagus dari Arif. Hasil seni teliti dan mengagumkan. Seni cantingan terbaik di Malaysia,” ujar netizen.

Lukisan terperinci seperti di bahagian gigi dan lidah Venom itu juga menjadi perhatian kerana ia secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana Arif begitu serius dalam mencipta corak tersebut.

Siap ada yang memberi cadangan agar corak lukisan itu dikomersialkan menjadi ‘merchandise’ untuk filem Venom itu.


Latar Belakang Tentang Pelukis Tempatan, Arif Rafhan

Memetik sumber Marshall CavendishArif Rafhan merupakan seorang ilustrator, artis komik dan juga mengendalikan kelas ‘doddle’ sekitar di rumah. Bukan itu sahaja, Arif juga menyediakan perkhidmatan terapi ‘doodle’ untuk korporat dan badan kerajaan.

Sumber: Instagram @arifrafhan

Komik dalam taliannya bertajuk #seketulsina adalah dihasilkan berdasarkan anak-anaknya yang menjadi diri mereka sendiri.

Arif turut aktif dalam menghasilkan lukisan-lukisan batik digital dengan pelbagai corak termasuklah simbol tembikai yang memberi simbol kepada Palestin serta gambar pemain badminton negara, Lee Zii Jia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.