Tular Pelanggan Jumpa Ulat Dalam Telur Masin, Ini Penjelasan Pengurus Restoran [Video]
Malah, pengurus restoran berkenaan mendedahkan pihaknya sudah memohon maaf tidak seperti apa yang didakwa oleh wanita itu berhubung penemuan ulat dalam telur masin tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebersihan merupakan antara perkara paling penting yang perlu dijaga oleh setiap orang terutamanya peniaga makanan.
Ia bagi mengelakkan daripada tersebarnya penyakit merbahaya disamping menjaga nama baik premis itu sendiri.
Namun entah mengapa ada segelintir peniaga dilihat seolah-olah mengambil mudah dan memandang remeh aspek kebersihan hingga kadang kala kotoran pada makanan didedahkan sendiri oleh pelanggan mereka.
Jumpa Ulat Dalam Telur Masin Ketika Menikmati Hidangan Nasi Di Sebuah Restoran
Itulah yang dihadapi oleh seorang pelanggan wanita sebuah restoran di Sungai Petani, Kedah apabila dia menemui ulat dalam telur masin yang dinikmatinya.
Menerusi video yang tular di kumpulan Facebook Penduduk Sungai Petani, wanita berkenaan menunjukkan ulat tersebut sedang bergerak di atas meja ketika dia sedang menikmati hidangan nasi putih, kari dan ayam goreng.
Dah Tunjuk Pada Pihak Restoran, Pelanggan Dakwa Tiada Kata Maaf
Terkejut dengan apa yang ditemuinya, wanita berkenaan mendakwa dia telahpun memberitahu pihak restoran.
Di ruangan kapsyen, dia berkata restoran berkenaan hanya mengambil pinggan tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Namun apa yang mengejutkan, pelanggan wanita terbabit mendakwa tiada kata maaf daripada pihak restoran itu sendiri.
“Tadi makan dekat restoran mamak area Sg. Petani. Restoran yang agak baru juga la, ada ulat dalam telur masin!
“Memang ser! Bila pi (pergi) bagitau dekat depa (mereka), depa hanya mai (datang) ambil pinggan kata tak payah bayar. Satu mintak maaf pun takdak.
“Memang dasar! Kotor betul. Restoran area Sungai Petani Selatan, kedai baru. Kedai corner lot, signboard besar warna hitam,” tulisnya.
Tadi makan dekat restoran mamak area Sg. Petani.. restoran yang agak baru juga la, ada ulat dalam telur masin! Memang serrr!! Bila pi bagitau kat depa, depa hanya mai ambik pinggan kata tak payah bayar.. satu mintak maaf pun takdak. Memang dasar! kotoq betoi. Restoran area Sg. Petani selatan, kedai baru.. kedai corner lot, signboard besaq warna hitam. – Anon ———- Sertai channel Telegram PSP untuk info terkini : https://t.me/inipsp .
Posted by Penduduk Sungai Petani on Tuesday 15 October 2024
Pengurus Restoran Dakwa Dah Mohon Maaf
Peka dengan apa yang berlaku, seorang lelaki yang mendakwa pengurus kedai makan terbabit menjelaskan pihaknya telah didatangi dua pelanggan wanita pada tengah hari Selasa (15 Oktober) lalu.
Walau bagaimanapun, dia yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan insiden berkenaan telah selesai apabila pihaknya telah membuat permohonan maaf.
“Kami ada menerima pelanggan wanita di premis ini yang mendakwa ada ulat dalam makanan namun hasil perbincangan perkara itu telah diselesaikan dengan cara baik.
“Kami sudah mohon maaf dan makanan itu juga tidak perlu dibayar tetapi tidak sangka selepas pelanggan pulang, kes ini jadi tular pula,” katanya.
Tidak Bimbang Sekiranya Pihak Berkuasa Membuat Pemeriksaan Premis
Jelas lelaki berkenaan, sekiranya terdapat kes yang membabitkan kebersihan premis makanan, lokasi itu pasti akan dikunjungi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Malah, dia tidak bimbang sekiranya pemeriksaan dibuat memandangkan restoran berkenaan memiliki dokumen berkaitan yang lengkap.
Namun, sehingga kini tiada lagi penjelasan dan maklum balas rasmi daripada pihak KKM berhubung perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Dakwa 2 Kali Dapat Makanan Berulat Dari Kedai Makan Sama [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geli, Pelanggan Jumpa Ulat Sampah Dalam Nasi Goreng [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Jumpa Ulat Dalam Hidangan Ayam Penyet Di Restoran [Video]