Video Keluarga Naik Motor Tumpang Teduh Bawah Jambatan Ketika Waktu Hujan Curi Tumpuan
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan tidaklah keseorangan sebaliknya dia turut ditemani isteri dan seorang bayi mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak pagi semalam (15 Oktober), beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilanda hujan lebat.
Keadaan ini sudah pastinya memberi kesukaran buat mereka yang memandu lebih lagi penunggang motosikal.
Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kumpulan ini akan memilih untuk berteduh seketika di bawah jambatan sementara menanti hujan reda.
Tumpang Teduh Bawah Jambatan Ketika Hujan Lebat
Jika penunggang itu hanya menunggu seorang diri mungkin bukanlah menjadi satu masalah. Namun, ia boleh menyentuh hati ramai sekiranya ada isteri serta anak kecil yang turut bersama dengan mereka.
Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila terpaksa berhenti dan berteduh di bawah jejambat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @acaimanja, lelaki berkenaan berkongsikan suasana di sekitarnya ketika dia berteduh di bawah jambatan di Bukit Raja, Klang, Selangor.
Ada Isteri & Bayi Turut Sama Berteduh
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan tidaklah keseorangan sebaliknya dia turut ditemani isteri dan anaknya yang juga merupakan seorang bayi.
Lebih menyentuh hati adalah kata-kata yang ditulis lelaki berkenaan pada video tersebut yang berharap agar dapat beri keselesaan kepada keluarganya satu hari nanti.
“Ayah akan usahakan supaya mama dengan adik dapat rasa selesa dengan hasil titik peluh ayah sendiri,” tulisnya pada video berkenaan.
Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu dalam perjalanan dari rumah ibunya yang terletak di Klang menuju ke rumah mereka di Setia Alam, Selangor.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Majoriti Bersimpati Dengan Keluarga Berkenaan
Video yang telah mendapat 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka bersimpati melihat keluarga berkenaan hingga ramai yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman pernah melalui kesusahan yang sama ketika permulaan awal perkahwinan.
Namun, ada pengguna media sosial yang prihatin menasihatkan agar lelaki berkenaan tidak berhenti berhampiran dengan jalan raya, sebaliknya mencari tempat yang lebih selamat.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Saya Ada 2 Kereta Tapi Saya Takde Anak, Kadang-Kadang Bila Tengok Situasi Macam Ni Saya Rasa Orang Tu Ada Harta Bernilai Berbanding Saya”
“Dik, Kalau Boleh Jangan Duduk Dekat Situ, Bahaya. Semoga Dipermudahkan Urusan”
“Memang Betullah Anak Sulung Saksi Kesusahan & Kepayaham Mak Ayah Kita, Semoga Abang Keluarga Dipermudahkan Urusan”
“Bang, Aku Doakan Kau Dapat Apa Kau Nak, Boleh Senangkan Isteri & Anak. Jangan Berhenti Minta Doa Pada Allah”
Baca Artikel Berkaitan: “Lepas 8 tahun susah senang bersama..” – Pernah Tular Kisah Bertahun Guna Skuter Sebelum Beli Kereta, Kini Pasangan Ini Upgrade Kereta Baru Lagi
Baca Artikel Berkaitan: “Yakinlah Kepayahan Akan Dibalas Kejayaan Berganda”- Instafamous Ini Kongsikan Hikmah Hidup Bermusafir