fbpx
Now Reading
Lelaki Di Singapura Tawar RM32,000 Buat Individu Yang Jumpa iPhone 15 Pro Max Milik Isterinya

Lelaki Di Singapura Tawar RM32,000 Buat Individu Yang Jumpa iPhone 15 Pro Max Milik Isterinya

Menurut lelaki tersebut telefon bimbit iPhone 15 Pro Max mempunyai banyak nilai sentimental yang sangat besar bersama keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang mengalami kehilangan barangan peribadi pasti akan sedaya upaya untuk mencarinya.

Malah ada juga yang sanggup menawarkan ribuan ringgit kepada sesiapa yang menemui barangan terbabit.

Ini kerana barangan yang hilang tersebut mungkin mempunyai nilai ‘sentimental’ yang tersendiri.

Lelaki di Singapura tawar ganjaran RM32,783 kepada sesiapa jumpa iPhone 15 Pro Max

Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura turut melakukan perkara sama apabila menawarkan sebanyak S$10,000 (RM32,783) kepada mana-mana individu yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 15 Pro Max milik isterinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Joseph Phua memaklumkan telefon milik isterinya itu telah hilang ketika berada di dalam tandas pusat beli-belah Ion Orchard sekitar jam 2 petang pada 15 Oktober (Selasa).

Dakwa ada individu telah menjumpai telefon bimbit isterinya

Menurut lelaki tersebut telefon bimbit berkenaan berwarna putih. Selain itu, Joseph turut mendedahkan terdapat individu yang telah menjumpai telefon bimbit isterinya dan membawa kepada beberapa tempat.

Bukan hanya itu, lelaki terbabit turut mendakwa dan percaya yang mengambil telefon bimbit individu berkenaan tinggal di suatu kawasan sekitar Sumang Lane.

“Telefon bimbit ini menyimpan gambar keluarga kami selama 2 tahun yang lalu, yang mempunyai nilai sentimental yang besar kepada kami.

“Kami sepatutnya membuat ‘backed up’ tetapi malangnya kami tidak melakukannya.

“Telefon itu telah dikunci dari jauh dan nombor IMEI telah dilaporkan kepada polis sebagai disalahgunakan.

“Jika percubaan dibuat untuk menjual telefon di mana-mana, polis akan memaklumkan dan ia akan dikesan,” jelasnya.

Minta tolong individu pulangkan telefon bimbit di stesen polis

Malah Joseph turut meminta tolong individu berkenaan untuk memulangkan telefon bimbit itu dan faham sekiranya dia sibuk serta tidak mempunyai masa untuk memberikan telefon itu.

“Sekiranya boleh minta anda pulangkan telefon di mana-mana stesen polis sebagai ‘lost and found’. Kami sangat gembira jika anda tidak mengambilnya.

“Secara tidak langsung kami ingin mengucapkan terima kasih atas usaha baik anda untuk memulangkan telefon itu kepada kami, kami ada ganjaran untuk anda.

“Jika anda kebetulan menjumpainya (telefon) di mana-mana tempat di antara semalam dan hari ini (16 Oktober) sila e-mel kami di returntwoyears@gmail.com untuk membuat aturan memberikan telefon dan kami akan berikan wang tunai RM32,783 dan tiada soalan akan ditanya.”

Dalam pada itu, Joseph juga menawarkan wang tunai kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat kepadanya jika ada menjumpai pihak yang mengetahui tentang telefon bimbit berkenaan.

“Sekiranya anda mengetahui mana-mana individu yang menjumpai telefon ini, sila maklumkan kepada kami menerusi e-mel sama. Wang ganjaran akan diberikan sebanyak S$5,000 (RM16,396). Kami tidak akan berhenti mencari teledon itu sehingga ia selamat dikembalikan,” katanya lagi.

Joseph dalam masa sama meminta orang ramai untuk berkongsi hantaran itu kepada orang ramai agar individu yang menjumpai atau terjumpa telefon dapat melihat mesej tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.