Lelaki Menyamar Buat Suara ‘Polis’ Gara-gara Kanak-Kanak Nak Beli Pistol [Video]
Menerusi video tersebut, kedengaran lelaki itu turut mengubah suaranya lebih tegas agar ia benar-benar seperti polis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kanak-kanak yang sedang membesar seperti berusia sekitar 2 hingga 12 tahun mempunyai pelbagai persoalan dan keinginan.
Ini kerana di usia sebegini mereka sedang sibuk meneroka dunia dan mula memberikan fokus kepada sesuatu perkara yang diminati.
Malah anak-anak seusia ini juga sangat mudah terpengaruh dengan perkara yang dilihat atau ditonton oleh mereka. Maka tidak hairanlah jika mereka ada meminati sesuatu perkara seperti kartun, haiwan dan banyak lagi.
Ibu call ‘polis jadian’ kerana anak nak beli pistol
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak turut mempunyai minat yang sama iaitu pistol sehingga ingin membelinya.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan si ibu pening memikirkannya dan terpaksa menghubungi ‘polis jadian’ untuk membatalkan hasrat si kecil yang ingin membeli pistol.
Umum mengetahui pistol merupakan salah satu senjata yang sering digunakan oleh penguat kuasa seperti polis dan tentera.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakak_shida di TikTok, kedengaran si ibu terpaksa menghubungi salah seorang kenalan lelaki untuk menyamar menjadi polis.
Siap buat suara untuk menyamar jadi polis
Dalam perbualan tersebut, lelaki berkenaan telah membuat suara seolah-olah dia merupakan seorang polis dan berpesan kepada kanak-kanak dikenali sebagai Fahd Umar untuk tidak berdegil dan perlu mendengar kata ibu.
“Akibat nak beli pistol, mummy dia (Umar) terpaksa hubungi polis jadian,” kata Shida dalam video.
Siap nak ambil tindakan kalau kanak-kanak masih degil
Malah lelaki itu turut berkata akan mengambil tindakan sekiranya Umar berdegil. Mendengar kata lelaki berkenaan, si kecil itu kemudiannya akur kerana percaya individu yang bercakap dengannya merupakan seorang polis.
“Jangan degil-degil ya Fahd Umar, kalau awak degil saya datang rumah. Saya gari awak,” kata lelaki tersebut.
Apa yang menjadi perhatian si ibu turut berlakon untuk membuatkan si kecil percaya individu yang sedang bercakap adalah polis sebenar.
Ramai terhibur, ada yang kongsi penah lakukan perkara sama pada anak-anak
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut dan reaksi Umar apabila bercakap dengan ‘polis’ terbabit.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah melakukan perkara sama kepada anak dan ia salah satu taktik yang berjaya untuk membuatkan si kecil mendengar kata.