Mat Salleh Dah Menetap 20 Tahun Dedah Kenapa Terengganu Jadi Pilihannya [Video]
Menurut lelaki warga Belanda itu, kehidupan sosial di Terengganu yang kelihatan sangat sederhana merupakan antara faktor kenapa dia menetap di sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Terengganu yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia merupakan antara salah satu negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Maka tidak hairanlah jika banyak pelancong dari dalam dan luar negara memillih Terengganu sebagai salah satu destinasi percutian.
Namun, siapa sangka kerana rasa cinta terhadap Terengganu, seorang lelaki warga Belanda ini memilih untuk menetap di negeri itu dalam jangka masa yang lama.
Tak pilih negeri lain, mat salleh dah menetap di Terengganu selama 20 tahun
Malah, lelaki yang dikenali sebagai Hans itu juga tidak teragak-agak untuk memilih Terengganu semasa seorang wanita memberinya pilihan antara Kuala Lumpur atau Terengganu dan antara Pahang atau Terengganu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @gomalaysia, Hans dikatakan sudah menetap di Terengganu selama 20 tahun.
Mendengar jawapan itu, wanita berkenaan kemudiannya bertanya apakah yang menyebabkan Terengganu begitu Istimewa di mata Hans.
Kehidupan sosial buat Terengganu istimewa di mata Hans
Menurut Hans, kehidupan sosial di Terengganu yang kelihatan sangat sederhana merupakan antara faktor kenapa dia menetap di sana.
Jelasnya, kebanyakan masyarakat Terengganu menjalani kehidupan yang ‘mudah dan sederhana’ dalam keadaan yang sangat baik.
Menurutnya lagi, orang di sana juga tidak terpengaruh dengan sesuatu yang dipanggilnya ‘impian palsu’ dalam mengejar wang dan status.
“Orang di sini (Terengganu), dalam sesuatu hal, lebih mudah dan sederhana. Mereka menjalani kehidupan dengan baik walaupun dengan perkara yang sedikit, tetapi masih bahagia dan tidak hanya mengejar ‘impian palsu’ dan wang,” katanya.
Nasi Dagang makanan paling sedap di Terengganu bagi Hans
Ketika ditanya mengenai makanan paling sedap di Terengganu, Hans tanpa berfikir terus menjawab nasi dagang.
Nasi dagang sememangnya popular di negeri pantai timur itu dan ia merupakan hidangan utama yang di makan oleh masyarakat di sana tidak kira pada waktu pagi atau tengah hari.
Hans pada masa sama turut dilihat fasih menyebut perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh orang Terengganu seperti ‘rilek lu’, ‘berat nanang’ dan ‘Teregganu kite’.
Selain Hans, pengembara Inggeris dan pengacara TV, Mat Dan yang berasal dari United Kingdom (UK) juga sebelum ini memilih untuk menetap terus di Terengganu selain fasih bercakap dalam loghat negeri itu.
Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita tempatan pada 2017 lalu.
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Lebih Bersih Dari Indonesia?”- Konten Mat Salleh Tentang Isu Sampah Cetus Perdebatan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: