“Nak Jadi Macam Khairul Aming” – Ramai Kagum Lihat Budak Lelaki Darjah 6 Dah Pandai Memasak [Video]
Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendedahkan anak lelakinya pernah memberitahu mahu menjadi seperti pempengaruh dan usahawan Sambal Nyet, Khairul Aming.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebiasaannya, tugas memasak amat sinonim dengan kaum Hawa khususnya golongan ibu-ibu. Namun, ada juga orang lelaki yang menunjukkan minat dalam bidang masakan.
Tidak hanya individu dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali dari meminati aktiviti tersebut terutamanya kanak-kanak perempuan manakala budak lelaki pula lebih gemar dengan kegiatan lasak.
Budak Lelaki Baru Darjah 6 Dah Pandai Masak, Buat Nasi Goreng Bujang Bekal Ke Sekolah
Namun, berbeza pula dengan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun apabila dia dilihat pandai dan mahir memasak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh bapa kanak-kanak itu sendiri di akaun TikTok @emyspider, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adib sedang memasak hidangan nasi goreng bujang.
Dia menyediakan menu tersebut kira-kira jam 6.40 pagi sebelum bergerak ke sekolah.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat Adib langsung tidak kekok ketika memasak hidangan tersebut.
Apa yang lebih menarik, nasi goreng buatan Adib langsung dilihat tidak melekat pada kuali yang sedang digunakannya.
Malah, turut kedengaran pengguna berkenaan memuji anak sulungnya yang pandai memasak.
“Baguslah anak abah masak sendiri. Nasi goreng bujang made by Adib Zharfan,” kata lelaki itu.
Pernah Kata Nak Jadi Macam Khairul Aming, Bapa Luah Rasa Syukur Anak Pandai Berdikari
Menerusi ruang kapsyen, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur apabila melihat anak-anaknya pandai berdikari.
Dia juga mendedahkan anak lelakinya itu pernah memberitahu mahu menjadi seperti pempengaruh dan usahawan Sambal Nyet, Khairul Aming.
“Si Along ni baru darjah 6. Alhamdulillah dia reti berdikari dah. Idok (tidak) la bapaknya risau sangat. Katanya nak jadi macam KA (Khairul Aming),” tulisnya.
Ramai Puji Anak Bujang Pandai Masak
Video yang telah mendapat lebih 230,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial memuji kehebatan dan kemahiran memasak kanak-kanak lelaki berkenaan.
Bagi mereka, jarang untuk menemui budak seusianya masuk ke dapur apatah lagi untuk menyediakan hidangan sarapan sendiri.
Malah, ada pengguna media sosial yang berseloroh membandingkan suami mereka sendiri dengan Adib yang disifatkan jauh berbeza.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi keperibadian dan tingkah laku anak masing-masing yang sama seperti budak tahun enam itu.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Alahai Anak, Moga Kamu Jadi Contoh Terbaik Buat Adik-Adik”
“Hebat Dik! Laki Akak Umur Dah Separuh Abad Pun Tak Reti Buat Nasi Goreng”
“Sama Macam Anak Bujang Saya Sekarang Tingkatan 1”
“Terbaik, Rajin Anak-Anak Bantu Di Dapur”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Sudah Pandai Masak Char Kuetiau [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dari Siakap Ke Nasi Khao Mok Dia Masak” – Menu Harian Pelajar Lelaki IPT Di Rumah Sewa Raih Pujian [Video]