fbpx
Now Reading
“Terbaik Tuan” – Ramai Puji Ketua Polis Daerah Barat Daya Kawal Trafik Waktu Kejadian Pokok Tumbang [Video]

“Terbaik Tuan” – Ramai Puji Ketua Polis Daerah Barat Daya Kawal Trafik Waktu Kejadian Pokok Tumbang [Video]

Perbuatan baik Ketua Polis Daerah (KPD) Barat Daya itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, kebanyakan negeri di Malaysia mengalami cuaca hujan lebat dan ribut petir hingga ada beberapa tempat dilanda banjir kilat.

Malah lebih teruk apabila terdapat banyak kejadian pokok tumbang yang turut berlaku di beberapa lokasi.

Insiden sebegitu sudah semestinya menghalang lalu lintas sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

Pada ketika inilah kehadiran pihak berkuasa seperti anggota polis dan Bomba memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan tersebut.

KPD Bantu Kawal Lalu Lintas Ketika Kejadian Pokok Tumbang Selepas Pulang Dari Makan Malam

Terbaharu, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencuri tumpuan apabila dia dilihat membantu mengawal lalu lintas.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok abg_siasat_aa, Ketua Polis Daerah (KPD) Barat Daya Pulau Pinang, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dilihat megawal lalu lintas dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Paya Terubong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada Selasa (15 Oktober) lalu.

Melalui perkongsian tersebut, Kamarul dilihat mengawal lalu lintas tanpa memakai uniform rasmi PDRM.

Malah difahamkan, dia baru sahaja selesai menikmati makan malam bersama ahli keluarga di Air Itam dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Terbaik KPD Barat Daya Tuan Kamarul Rizal Jenal, terus bertindak kawal jalan pokok tumbang walaupun baru balik makan bersama keluarga,” tulis pengguna berkenaan.

@abg_siasat_aa

Dia bertindak mengambil langkah berkenaan selepas secara kebetulan melalui lokasi kejadian… dan ketiadaan anggota polis untuk mengawasi lalu-lintas yang terhalang Atas bukit tu Anjung Indah, Balik Pulau..balik keluar makan

♬ Conquest of Paradise – DJ Maxwell

Niat Hanya Mahu Melancarkan Trafik & Tidak Mahu Orang Langgar Pokok Tumbang

Kamarul yang kebetulan melalui jalan tersebut menjelaskan niatnya hanyalah mahu mengawal lalu lintas dan membantu pengguna jalan raya di situ.

“Niat saya cuma mahu melancarkan trafik dan memastikan tiada orang awam terlanggar pokok tumbang.

“Kebetulan saya guna laluan itu untuk pulang ke rumah dan ada pokok tumbang merintangi jalan akibat cuaca hujan dan ribut.

“Ada beberapa orang awam turut membantu mengalihkan pokok dan saya bantu melancarkan trafik kerana tidak mahu kemalangan berlaku,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Dia kemudiannya turut menghubungi anggota Balai Polis Balik Pulau yang bertugas bagi bergerak ke lokasi dan mengawal trafik.

Tindakan KPD Jadi Perhatian Daripada KPN

Dalam pada itu, video berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Tindakan KPD Barat Daya di Pulau Pinang membantu mengawal lalu lintas yang sesak akibat pokok tumbang perlu menjadi contoh kepada anggota lain di lapangan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

“Pegawai terbabit meletakkan tanggungjawab tinggi untuk membantu pengguna jalan raya walaupun tidak bertugas ketika itu.

“Usaha dan tanggungjawab itu perlu ada dalam memartabatkan citra Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sememangnya tugas dan tanggungjawab polis adalah berkhidmat kepada masyarakat dalam apa jua keadaan,” katanya.

Ramai Puji & Kagum Kerana Sanggup Kawal Lalu Lintas Tanpa Kira Pangkat

Video yang telah mendapat lebih 127,000 tontonan itu turut menjadi perhatian pengguna media sosial.

Majoriti daripada mereka memuji tindakan Kamarul yang sanggup turun padang walaupun bukan dalam waktu bertugas bagi mengawal lalu lintas.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang pernah bersemuka dan bekerja dengannya mengakui peribadi baik lelaki itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tugas & Tanggungjawab Tak Kira Pangkat & Jawatan, Terima Kasih Tuan”

“OCPD Tuan Kamarul Memang Humble Tapi Tegas, Terbaik Tuan”

“Seorang Yang Tak Pandang Pada Pangkat Dia, Dia Tahu Dia Juga Pernah Bertugas Dengan Anggota Bawahan”

“Terbaik Tuan Kamarul, Semoga Kebaikan Tuan Allah SWT Membalasnya Nanti”

“Tuan Kamarul Terbaik, Siapa Kenal Tahu Dia Humble Macam Mana, Tapi Kerja Memang Tegas”

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Anggota Polis Bantu Hantar Pelajar Ini Yang Lambat Ke Sekolah Raih Pujian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Bantu Wanita Alami Kereta Rosak Semasa Bawa Anak Kecil, Anggota Polis Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Trafik Bantu Warga Emas Raih Pujian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.