fbpx
Now Reading
Ulat Dalam Telur Masin, Premis Di Kedah Diarah Tutup Sementara

Ulat Dalam Telur Masin, Premis Di Kedah Diarah Tutup Sementara

Menurut Pengarah JKN Kedah, Dr Ismuni Bohari PKD Kuala Muda mendapati premis itu gagal mematuhi keperluan kebersihan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihanan Makanan 2009, Akta Makanan 1983.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, seorang pelanggan wanita telah berkongsi satu video menemui ulat dalam telur masin ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan ulat tersebut bergerak di atas meja semasa dia sedang menjamah makanan yang dipesan iaitu nasi putih, kari dan ayam goreng.

Susulan dari perkara itu, pihak pengurus restoran didakwa telah memohon maaf kepada pelanggan berhubung isu tersebut dan ia telah diselesaikan dengan baik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Pelanggan Jumpa Ulat Dalam Telur Masin, Ini Penjelasan Pengurus Restoran [Video]

JKN Kedah arah premis tular jual telur masin berulat ditutup sementara

Terbaharu, premis makanan itu telah diarahkan tutup sementara oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

Menurut Pengarah JKN Kedah, Dr Ismuni Bohari arahan penutupan itu dilakukan selepas siasatan lanjut dibuat berhubung aduan awam yang diterima dari sebuah akaun Facebook Penduduk Sungai Petani, pada 15 Oktober lalu.

Ujarnya aduan berhubung ulat yang dijumpai dalam telur masin itu dilakukan seorang pelanggan premis terbabit.

“Pengesahan aduan dilakukan dengan pengadu berkenaan susulan kes yang tular di media sosial.

“JKN Kedah melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda telah menjalankan siasatan lanjut pada 16 Oktober 2024 dan mendapati premis tersebut telah gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Notis kompaun dan arahan penutupan premis telah dikeluarkan

Katanya lagi, tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap premis berkenaan dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bersama Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Pemeriksaan semula premis akan dijalankan selepas pemilik premis dapat mematuhi semua arahan pembersihan dan tindakan pembetulan yang diarahkan oleh PKD Kuala Muda.

Tambah beliau lagi, pihak JKN Kedah juga akan terus memantau dan akan memastikan premis makanan mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 untuk mengelakkan kejadian sama dari berulang lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.