Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (18 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Ekomoni Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.
Menerusi pembentangan tersebut, Anwar telah menganggarkan wang peruntukan sebanyak RM421 bilion meliputi 335 billion ringgit belanja mengurus, RM86 bilion ringgit belanja pembangunan tidak termasuk RM 2 bilion simpanan luar jangka.
Kenaikan kadar gaji minimum RM1,700, kuat kuasa 1 Februari 2025
Ketika pembentangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri beliau turut mengumumkan kerajan setuju menaikkan kadar gaji minumum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.
Kenaikan gaji itu akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
“Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rkayat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih haji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.
“Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
“Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka kandungan Kreatif (RM2,985),” katanya.