Lelaki Tayang Pistol Hanya Kerana Berang Ditegur Merokok Di Medan Selera Sudah Ditahan Polis
Punca pertengkaran dipercayai berlaku selepas pelanggan tidak berpuas hati ditegur oleh pengurus medan selera kerana merokok di kawasan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Senjata api seperti pistol, senapang dan sebagainya merupakan salah satu barangan yang tidak boleh dimiliki sesuka hati oleh orang awam.
Malah mana-mana individu yang ingin memilikinya perlu mendapatkan lesen yang sah dari pihak berwajib. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi undang-undang senjata api.
Tular video memaparkan lelaki didakwa tunjuk pistol ketika berlaku pertengkaran di sebuah medan selera
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pertengkaran membabitkan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ketika berada di sebuah medan selera di Puchong, Selangor.
Namun apa yang menjadi tumpuan, seorang lelaki sengaja menayang objek dipercayai pistol sewaktu insiden itu berlaku malah didakwa turut ‘mengacu’ senjata berkenaan.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang berdurasi selama 26 saat itu kelihatan lelaki berbaju putih menyelak bajunya sehingga menampakkan objek seperti pistol yang diletakkan di tepi pinggang.
Memetik laporan Harian Metro, dalam rakaman video yang tular turut terdapat mesej yang dipercayai dari pengirim mendakwa kejadian pertengkaran itu berlaku beberapa hari yang lepas.
EdisiSiasat:
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 17, 2024
Keluar pistol sebab ditegur hisap rokok dlm foodcourt ler pulak !!
Kejadian: Old Puchong Food Avenue, No. 1, Lengkok Puteri Utama, Bandar Puteri, 47100, Petaling, Petaling, 47100, Selangor
Masa lebih kurang : 10.11
Punca : tergur dia tak boleh hisap rokok pic.twitter.com/fxhKk6T61v
Lelaki berang ditegur merokok sudah ditahan polis, suspek acu objek seperti pistol
Terbaharu polis telah bertindak menahan dua lelaki serta seorang wanita pada 17 Oktober berhubung insiden yang berlaku pada 13 Oktober lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan pihak polis telah menerima laporan berhubung kes terbabit semalam.
“Kejadian dipercayai berlaku pada 13 Oktober, jam 10 malam semasa mangsa berada di sebuah medan selera sekitar Puchong dan menegur suspek supaya tidak merokok di kawasan itu.
“Kemudian berlaku pertelingkahan antara mangsa dan lelaki terbabit lalu suspek tiba-tiba mengacukan suatu objek menyerupai pistol ke arah perut pengadu,” jelasnya lapor Berita Harian.
Seorang suspek ada rekod lampau
Kata beliau lagi, lelaki itu tidak lama selepas itu meninggalkan lokasi insiden sebelum mangsa hadir ke balai polis untuk membuat laporan pada 17 Oktober bagi keselamatan diri serta keluarga.
Ekoran daripada maklumat yang diterima, dua lelaki tempatan serta seorang wanita yang berstatus pemastautin tetap ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
“Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod dadah dan dua lagi suspek tiada rekod lampau.
“Pihak polis turut merampas objek menyerupai sepucuk pistol berwarna hitam bersama satu kelopak dan dua butir peluru manik (bebola putih).”
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
Pertengkaran berlaku dipercayai pelanggan tidak puas hati ditegur pengurus kerana merokok
Terdahulu tular maklumat mengatkan insiden tersebut berlaku melibatkan pelanggan serta pengurus medan selera itu.
Difahamkan pengurus medan selera telah bertindak menegur perbuatan seorang pelanggan yang dipercayai merokok di kawasan berkenaan.
Teguran tersebut telah menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati pelanggan itu.