Israel Dakwa Sudah Bunuh Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar
Menerusi rakaman dron tersebut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Yahya Sinwar sedang duduk di sebuah kerusi yang dipenuhi debu manakala kepala dan wajahnya ditutup dengan kain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 31 Julai lalu, dunia dikejutkan dengan berita pemimpin Hamas iaitu Ismail Haniyeh yang dilaporkan maut dibunuh di Tehran, Iran.Menurut laporan media Ismail dipercayai dibunuh ekoran satu serangan rejim Zionis di kediamannya.
Hamas kemudiannya melantik Yahya Sinwar yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai pengganti Ismail Haniyeh.
Israel dalam masa sama berikrar untuk membunuh pemimpin Hamas yang lain selepas membuat serangan balas pada 7 Oktober tahun lalu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh Terbunuh Di Iran
Israel dakwa ketua Hamas, Yahya Sinwar telah terbunuh
Terbaharu, Israel mendakwa ketenteraannya telah membunuh Yahya Sinwar dalam satu serangan di Selatan Gaza.
Memetik laporan Al Jazeera, Israeli Defense Force (IDF) pada 17 Oktober mengeluarkan kenyataan mendakwa berjaya membunuh Sinwar. Walau bagaimanapun Hamas masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Menurut kenyataan tentera Israel, Sinwar telah terbunuh pada Rabu (16 Oktober) selepas tenteranya ‘menghapuskan tiga pejuang’.
Benjamin Nentanyahu mengatakan peperangan belum berakhir
Kematian Sinwar turut mendapat perhatian ramai antaranya adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengatakan ‘peperangan belum berakhir’.
Dalam satu kenyataannya di Televisyen, Nentanyahu berkata “cahaya mengatasi kegelapan” di rantau ini dan kematian Sinwar adalah tanda penting dalam kemerosotan kumpulan berkenaan.
Selain itu, Nentanyahu turut mengatakan Hamas tidak lagi memerintah Gaza.
Dalam pada itu, Menteri Luar Israel, Katz menyifatkan pembunuhan Sinwar sebagai satu pencapaian moral buat ketenteraan Israel.
Tular rakaman dron yang dikatakan detik akhir Yahya Sinwar sebelum meninggal dunia
Tentera Israel turut berkongsi satu rakaman dron yang didakwa memaparkan Yahya Sinwar di saat akhirnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan jasad seorang lelaki yang didakwa Sinwar berada dalam sebuah kediaman apartmen dan sedang duduk di atas sebuah kerusi yang dipenuhi debu manakala kepala serta wajahnya ditutup dengan kain.
Tangan kanannya pula kelihatan cedera parah dan lelaki itu dalam video tersebut turut melemparkan kayu ke arah dron yang menghampirinya.
Peluru dilepaskan ke arah bangunan menyebabkan ia runtuh dan membunuh Sinwar
Menerusi laporan The Guardian, sewaktu video terbabit diambil jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari memaklumkan Sinwar hanya dikenalpasti sebagai pejuang.
Tentera kemudiannya melepaskan peluru tambahan ke arah bangunan berkenaan dan menyebabkan ia runtuh dan membunuhnya (Sinwar).
Dakwa Hagari lagi, Sinwar ditemui dalam keadaan memakai jaket kalis peluru, bom tangan dan kononnya turut menyimpan wang tunai 40,000 shekels (RM43,062.52).
“Sinwar melarikan diri seorang diri ke dalam salah satu bangunan. Pasukan kami menggunakan dron untuk mengimbas kawasan terbabit, di mana anda dapat lihat rakaman yang saya bentangkan.
“Sinwar yang cedera di bahagian tangan disebabkan tembakan, boleh dilihat dia di sini dengan keadaan muka yang ditutup, pada saat akhirnya, membaling papan kayu ke arah dron.
“Dia cuba melarikan diri dan pasukan kami menghapuskannya,” kata Hagari menurut laporan Jerusalem Post.
This is footage from an IDF drone moments before arch terrorist Yahya Sinwar was eliminated.
— Israel Foreign Ministry (@IsraelMFA) October 17, 2024
Justice has been served. pic.twitter.com/k5vSJfxdxp
Tular foto didakwa jenazah Sinwar di media sosial
Di media sosial turut tular foto yang didakwa jenazah seorang syuhadah yang menyerupai Sinwar dengan luka di bahagian kepala, memakai pakaian seperti tentera dan tertimbus dengan bangunan musnah.
Pegawai Israel mengatakan Sinwar dijumpai oleh askar infantri yang sedang mencari di kawasan Tal El Sultan, di selatan Gaza pada Rabu (16 Oktober) di mana mereka percaya ada anggota kanan Hamas di situ.
Sinwar sebelum ini dikenali sebagai arkitek atau perancang kepada serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. Pemimpin Hamas itu juga dikatakan sudah tidak menggunakan telefon bimbit serta sebarang alat komunikasi yang membolehkan perisik Israel dari menjejakinya.
Sinwar dikatakan telah bersembunyi di sebuah terowing yang dibuat sejak dua dekad lalu
Pegawai Israel mendakwa, Sinwar telah bersembunyi di salah satu terowong luas yang dibuat oleh Hamas di bawah Gaza sejak dua dekad yang lalu.
Menurut IDF lagi, perisik yang mencari Sinwar selama berbulan-bulan dan secara berterusan menyekat kawasan yang mungkin menjadi lokasi ketua Hamas itu beroperasi.