fbpx
Now Reading
“Orang Luar Jangan Masuk” – Tular Penduduk Perumahan Halang Kenderaan Luar Guna Jalan Taman [Video]

“Orang Luar Jangan Masuk” – Tular Penduduk Perumahan Halang Kenderaan Luar Guna Jalan Taman [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan dua orang penduduk dipercayai di Alam Budiman melakukan sekatan jalan raya dengan menahan setiap kenderaan yang melalui kawasan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, terdapat dua jenis taman perumahan iaitu kawasan perumahan yang mempunyai pengawal keselamatan (gated and guarded) dan taman perumahan awam yang boleh dimasuki oleh orang luar tanpa halangan.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kenderaan awam ingin memasuki taman yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Bahkan, penduduk juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kenderaan luar memasuki taman perumahan awam.

Tular video penduduk taman Alam Budiman halang kenderaan luar masuk

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kawasan taman perumahan menghalang kenderaan luar daripada memasuki taman itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @chewanfriedchicken, kejadian tersebut dipercayai berlaku di taman perumahan Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Untuk penduduk di luar, tak boleh masuk di laluan lorong 76 ya, amaran, ini hebahan awam ya.

“Sudah dijaga oleh penduduk, jangan masuk kalau bukan penduduk Alam Budiman ya, ambil perhatian semua,” katanya.

Siap ada dua orang penduduk buat sekatan jalan raya

Dalam video sama, kelihatan dua orang penduduk taman berkenaan melakukan sekatan jalan raya dengan menahan setiap kenderaan yang melalui kawasan itu.

Sekatan itu dipercayai dilakukan untuk mengenal pasti kenderaan luar yang ingin memasuki taman perumahan berkenaan.

Video sama turut dikongsikan di akaun X @update11111 sekali gus meraih perhatian ramai orang terhadap tindakan penduduk taman tersebut.

Buat sekatan sebab banyak kereta luar masuk taman guna jalan pintas?

Dakwa pemilik akaun X @pijachan16, sekatan itu dilakukan kerana banyak kenderaan luar yang memasuki taman perumahan berkenaan untuk menggunakan jalan pintas (shortcut).

“Geng-geng ni (kenderaan luar) ‘shortcut’ masuk kawasan taman perumahan. Diorang sepatutnya guna kawasan jalan persiaran,” katanya.

Menurut Che Wan pula, jalan yang disekat untuk kenderaan luar masuk hanyalah di lorong 76 sahaja, manakala laluan utama memasuki taman perumahan tersebut tidak dihalang.

Ramai kecam tindakan penduduk taman halan kereta luar masuk

Pun begitu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penduduk taman terbabit kerana jalan berkenaan adalah jalan awam meskipun di dalam kawasan taman mereka.

Malah, ada yang mencadangkan agar penduduk di taman tersebut meminta kepada pihak pemaju Alam Budiman atau pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk dijadikan sebagai ‘gated area’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.