fbpx
Now Reading
“Buat Sakit Mata” – Kereta Tukar Lampu Undur Warna Putih Berkelip-kelip Undang Perdebatan Ramai [Video]

“Buat Sakit Mata” – Kereta Tukar Lampu Undur Warna Putih Berkelip-kelip Undang Perdebatan Ramai [Video]

Lampu putih berkelip-kelip itu difahamkan boleh menyebabkan silau kepada pemandu lain yang berada di belakang semasa kenderaan itu sedang mengundur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, banyak pemilik kereta yang suka mengubahsuai kenderaan milik mereka agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.

Bagaimanapun, tidak semua modifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan jalan raya.

Malah, ada sesetengah ubahsuai yang dilakukan itu mengundang rasa kurang senang bagi pemandu lain yang melihatnya seperti menukar lampu lebih berwarna putih yang terlalu terang kerana ia boleh menyebabkan pemandu lain menjadi silau.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Tindakan Pemandu Bagi Lampu Tinggi Pada Kereta ‘High Beam’ Sepanjang Jalan [Video]

Wanita kurang senang, Myvi ubahsuai pasang lampu reverse warna putih terang

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita merakam sebuah kenderaan di hadapannya yang menukar lampu undur berwarna putih yang lebih terang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @anisfarzzzana, wanita terbabit dipercayai kurang senang dengan lampu undur yang terlalu terang dari kereta jenis Perodua Myvi itu.

“Perghh fikir mata dia je nak clear (jelas) tengok jalan, mata orang lain ikut suka dorang lah ek,” tulisnya di kapsyen.

Dah lah putih terang, berkelip-kelip pula

Dalam video itu, kelihatan lampu reverse berkenaan bukan sahaja berwarna putih yang terang, malah ia juga berkelip-kelip.

Lampu berkenaan difahamkan boleh menyebabkan silau kepada pemandu lain yang berada di belakang semasa kenderaan itu sedang mengundur.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 11 saat itu telah mendapat lebih 147,000 tontonan di TikTok dan 6,282 tanda suka.

@anisfarzzzana

Perhh pikir mata dia ja nak clear tengok jalan, mata org lain ikut suka dorang la ek #lamputinggi #lampureversekelipkelip

♬ original sound – divaaavazz2025tersohor – user29887629412

Undang perdebatan ramai, ada yang setuju dan tidak setuju lampu reverse berkelip-kelip

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi sekali gus menjadi perdebatan ramai.

Ada yang bersetuju serta tidak kisah dengan pemasangan lampu jenis berkenaan kerana ia boleh menyebabkan pemandu lain peka terhadap kereta terbabit yang ingin mengundur.

Namun, ada pula yang tidak bersetuju dengan lampu putih berkelip-kelip itu kerana ia menyebabkan silau terhadap pemandu lain.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.