fbpx
Now Reading
Ramai Tersentuh Lihat Bapa Setia Tunggu Anak Keluar Dari Dewan Selepas Majlis Konvokesyen [Video]

Ramai Tersentuh Lihat Bapa Setia Tunggu Anak Keluar Dari Dewan Selepas Majlis Konvokesyen [Video]

Menerusi video kelihatan wajah si ayah begitu gembira melihat kejayaan anaknya sewaktu dua beranak itu berpelukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu dan bapa merupakan figura yang sangat penting kepada setiap anak-anak. Oleh itu, setiap kejayaan yang dikecapi oleh anak tentunya ingin diraikan bersama-sama.

Malah mereka juga sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak yang disayangi dapat menuntut ilmu sehingga ke menara gading.

Bapa setia tunggu anak di luar dewan sambil bawa jambangan coklat ketika majlis konvokesyen

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang bapa yang setia menanti anak lelakinya ketika Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) berlangsung.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wani Zakariaa di TikTok, awalnya kelihatan si bapa yang berusia sekitar 50-an setia menunggu anaknya keluar dari dewan sambil memegang jambangan coklat.

Malah turut dilihat bapa berkenaan seperti tercari-cari kelibat anaknya di sebalik kumpulan graduan yang keluar dari dewan.

Bergambar bersama untuk rakam detik indah, terpancar wajah gembira lihat kejayaan anak

Sebaik berjaya menemui anak lelakinya mereka kemudian bergambar bersama sebagai kenangan di hari indah tersebut.

Selesai bergambar kelihatan si anak kemudian terus memeluknya ketika bapanya itu menyerahkan jambangan coklat berkenaan.

Apa yang lebih menyentuh hati, terpancar wajah bapa berkenaan begitu gembira dengan kejayaan yang dimiliki oleh anaknya.

Perkara itu, turut membuatkan si perakam iaitu Wani tersentuh melihat kasih sayang si ayah buat anak lelakinya itu.

“Lensa saya tertumpu pada susuk tubuh seorang ayah ini. Dari awal sampai akhir Istiadat Kovokesyen ini.

“Setia tunggu dengan jambangan coklat di tangan. Lama tunggu setia menanti, saya tertunggu siapalah anak bertuah ini.

“Akhirnya, duhai anak lepas keluar dewan tolong peluk ibu bapa anda dulu. Konvokesyen ini untuk mereka. Momen ini tidak akan dapat kalian ulang banyak kali. Tolong hargai jika mereka masih ada,” tulis Wani di ruang kapsyen.

@wanizakariaa

Lensa saya tertumpu pada susuk tubuh seorang ayah ini. Dari awal sampai akhir Istiadat Konvokesyen ini. Setia tunggu dgn jambangan coklat ditangan. Lama tunggu setia menanti. Sy tertggu siapa la anak bertuah ni. Finally. Duhai anak, lepas keluar dewan ,please peluk ibu bapa anda dlu. Konvo ini utk mereka.Moment ni takkan dapat kalian ulg byk kali. Please harga jika mereka masih ada.#ilkbs #kbs #konvo #konvokesyen #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage @ILKBS @KBSMalaysia

♬ Ayah – Seventeen

Turut kongsi reaksi ibu bapa lain ketika hadiri majlis hari konvokesyen anak

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Wani turut menunjukkan antara reaksi para ibu bapa yang hadir ketika majlis tersebut berlangsung.

@wanizakariaa

Melihat anak berjaya dan berada ditahap ini satu kebanggaaan bagi ibu bapa. Duhai anak, kalau kalian boleh lihat setiap moment dari awal ketibaan ibu bapa di tempat konvo pasti menitis airmata. Anak anak, tgoklah moment ibu bapa anda sdg mmilih jambangan bunga/coklat utk dihadiahkan utk kalian. Angkat letak angkat letak. 🥲 lps keluar dwn,trus cari ibu bapa ok❤️ #ilkbs #konvo #konvokesyen #fyp #fypシ゚viral #fypシ゚viral #fyppage

♬ Ayah Dan Ibu – Dato’ Sudirman

Melihat di ruangan komen seorang lelaki yang dipercayai anak lelaki kepada pakcik berkenaan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya.

Dalam pada itu, turut kelihatan ramai yang tersentuh selepas menonton video tersebut. Malah ada yang menyifatkan mereka cemburu dengan graduan tersebut kerana tidak berpeluang merasai perkara berkenaan bersama ayah.

Tidak kurang juga ramai mengucapkan tahniah kepada graduan tersebut dan berharap agar dia sentiasa dapat berbakti kepada ibu bapa.

“Aku dah tak ada ayah. Cemburu tengok video TikTok ni. Tapi akak doa yang baik-baik untuk kau dik. Semoga rahmat Allah sentiasa dengan kau. Jaga ayah baik-baik.”

“Tahniah dik satu je acik nak pesan, jadi anak yang baik, jangan lupa bila dah kerja bantu keluarga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.