Satu Keluarga Buat Prank Konon Bapa ‘Curang’ Sempena Hari Jadi Ibu Undang Reaksi [Video]
Melalui video tersebut, wanita berkenaan segera masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik bagi ‘menangkap’ perbuatan pasangannya tanpa sempat membuka kasut di bahagian kaki kanannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi kebanyakan orang, antara cara menyambut hari jadi yang tersayang adalah melalui prank atau kejutan.
Seperti sudah menjadi kebiasaan, ‘mangsa’ akan dikenakan oleh keluarga atau rakan rapat dengan cara mencipta situasi palsu yang boleh mencemas atau menakutkan mangsa.
Pada akhirnya nanti, ia hanyalah sekadar rekaan semata-mata bagi menyambut hari bermakna itu.
Lain orang, lain cara kejutannya. Ada yang dapat menerima namun ada juga individu yang berpendapat sesetengah prank terlalu keterlaluan.
Kononnya Bapa Curang, Siap Bawa Perempuan Muda Balik Rumah
Sempena menyambut hari jadi ibu tersayang, sebuah keluarga telah melakukan kejutan dengan prank berbeza dari yang lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di akaun TikTok @omgarage_jb, dia berkongsikan rakaman ketika sebuah keluarga membuat kejutan sempena hari jadi seorang wanita yang merupakan ibu mereka.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang wanita terburu-buru masuk ke rumah selepas mengetahui suaminya membawa pulang perempuan muda.
Lebih mengejutkan, ketika dia sampai di rumahnya, sepasang kasut wanita serta kasut lelaki ditemui di hadapan pintu kediamannya itu.
Tanpa sempat membuka kasut di kaki kanan, wanita berkenaan segera masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik bagi ‘menangkap’ perbuatan pasangannya.
Rupanya Hanya Prank Sempena Sambutan Hari Jadi Ibu
Sebaik sahaja dia masuk ke salah sebuah bilik, tiba-tiba kedengaran lagu ‘Happy Birthday’ nyanyian suami dan ahli keluarganya.
Malah, perempuan muda yang kononnya merupakan skandal lelaki tersebut turut berada di situ menyanyikan lagu berkenaan.
Bagaimanapun, si ibu seolah-olah tidak percaya dan tidak dapat menerima bahawa itu hanyalah sekadar ‘prank’.
Malah, dia terus kelihatan marah hingga terpaksa ditenangkan oleh anak lelakinya. Turut kedengaran, dia juga memberi amaran kepada si suami sekiranya perkara itu menjadi realiti.
“Kau main-mainkan aku kan? Aku tak nak dengarlah, tak guna,” katanya.
Namun di akhir video berkenaan, kelihatan suami wanita itu menenangkan isterinya itu sambil memberi bunga dan mengucapkan selamat ulang tahun.
Malah, anak serta ‘perempuan muda’ turut bersalam dengan wanita itu tanda memohon maaf.
Prank Undang Pelbagai Reaksi, Majoriti Tidak Dapat Terima Prank Sedemikian
Video yang telah mendapat lebih 135,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka itu hanyalah sekadar prank sempena hari jadi ibu mereka.
Sesetengah mereka berpendapat prank curang sebegitu terlalu sensitif dan tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kepada seorang wanita.
Malah, ada juga yang berpendapat mereka akan marah dan melakukan perkara yang sama jika berada di tempat wanita itu.
Tidak kurang juga ada yang merasakan wanita itu sendiri tidak dapat menerima gurauan sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Jangan La Prank Macam Tu, Banyak Lagi Prank Boleh Buat”
“Susah Jenis Tak Boleh Melawak Ni”
“Aku Rasa, Aku Pun Kalau Kena Prank Macam Ni, Susah Nak Counter Semula Kemarahan Yang Tengah Membara Tu”
“Walaupun Prank, Serius Benda Ni Akan Menghantui Hidup Isteri, Nanti Risau Benda Yang Tak Ada Jadi Ada”
“Jangan Prank Macam Tu, Ini Benda Paling Orang Perempuan Tak Nak”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Ibu Bapa Nak Prank Anak Titik Ubat Dalam Mata, Rupanya Terletak Stevia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Prank B*doh” – Influencer Buat Konten Kacau & Sentuh Orang Dikecam Hebat [Video]