fbpx
Now Reading
Tular Rakaman Kereta Langgar Lari Motosikal Hingga Penunggang Terjatuh [Video]

Tular Rakaman Kereta Langgar Lari Motosikal Hingga Penunggang Terjatuh [Video]

Menerusi video itu kelihatan kereta Nissan Sentra berkenaan menghimpit motosikal yang berada di lorong kanan sehingga menyebabkannya terjatuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insiden kemalangan seperti langgar lari tidak dinafikan sering kali berlaku. Kebiasaannya ia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab atau pelaku tidak mempunyai lesen memandu.

Malah kita juga sering melihat hantaran di media sosial mencari mana-mana pihak yang mempunyai rakaman dashcam ketika insiden berlaku agar dapat dijadikan bukti kepada pihak berkuasa.

Kereta langgar motosikal di jalan raya

Baru-baru ini, tular satu video dia laman X memaparkan tindakan sebuah kenderaan jenis Nissan Sentra dipercayai melanggar sebuah motosikal sebelum berlalu pergi.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan sebuah motosikal sedang menggunakan lorong kanan.

Tidak lama kemudian datang kereta Nissan Sentra berwarna perak memotongnya menggunakan lorong tengah.

Rempuh motosikal sewaktu tukar lorong kanan selepas memotong

Namun apa yang menjadi perhatian kenderaan itu dilihat memasuki semula lorong kanan hingga berlaku sentuhan antara kedua-dua kenderaan menyebabkan penunggang motosikal terjatuh di jalan raya.

Sebaik merempuh motosikal itu, kereta tersebut dilihat hanya berlalu pergi tanpa memberhentikan kenderaannya.

Menerusi video dashcam insiden tersebut dipercayai berlaku jam 3.50 petang pada 19 Oktober berdekatan Aeon Balakong menghala ke arah Batu 11 atau Sungai Long.

Ramai kecam tindakan kereta rempuh motosikal

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan kereta terbabit kerana berpendapat tindakannya itu adalah tidak wajar meskipun motosikal berkenaan tidak sepatutnya berada di lorong kanan.

Malah ada yang mendakwa kereta tersebut dilihat seperti sengaja merempuh motosikal berkenaan sewaktu memasuki lorong terbabit.

“Tahu dah motor tu b*ng*ng tapi jangan lah himput macam tu”

“Dia bengang tu, rider bawa motor tengah-tengah jalan (lorong kanan)”

“Kepada semua, utamakan keselamatan. Kepada yang bawa motor, kereta, lori pun guna laluan yang betul. Ada orang boleh sabar, ada orang mungkin hidup stress, hilang pertimbangan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.