fbpx
Now Reading
Bekas Suami Dikecam Kerana Kahwin Lain Selepas Dijaga Ketika Sakit, Wanita Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]

Bekas Suami Dikecam Kerana Kahwin Lain Selepas Dijaga Ketika Sakit, Wanita Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Nurul Syazwani, tujuan hantaran ucapan perkahwinan itu bukanlah untuk membuka aib sebaliknya hanya untuk mengelakkan fitnah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, tular di media sosial satu hantaran ucapan tahniah dari seorang wanita kepada bekas suaminya yang berkahwin lain setelah hampir enam tahun hidup susah senang bersama.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan hantaran berkenaan kerana wanita yang dikenali sebagai Nurul Syazwani itu pernah tular sebelum ini kerana pengorbanannya menjaga bekas suaminya itu ketika sakit akibat kemalangan jalan raya.

Malah, majoriti mereka turut meluahkan rasa geram dengan balasan lelaki berkenaan terhadap Nurul Syazwani hingga ada yang mengecam lelaki serta isteri baharunya itu.

Mohon Maaf Kepada Bekas Suami & Keluarga Baharu, Hantaran Hanya Untuk Elakkan Fitnah

Terbaharu, Nurul Syazwani menerusi satu hantaran di akaun TikTok @nsmr0203 tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas suami, isteri baru dan keluarga mereka selepas tular hantaran ucapannya.

Menurut wanita itu, tujuan hantaran tersebut bukanlah untuk membuka aib sebaliknya hanya untuk mengelakkan fitnah.

“Pertama kali saya memohon maaf kepada semua terutama kepada Syahmi (bekas suami), Effa (isteri baharu) dan juga keluarga Effa terhadap posting (hantaran) yang viral.

“Tujuan saya post gambar perkahwinan itu adalah kerana daripada awal lagi saya telah banyak menerima DM (mesej peribadi), WhatsApp mengenai perkahwinan Syahmi dan Effa.

“Semua orang tertanya-tanya dan saya juga ditag di Facebook (FB) pihak pengantin perempuan. Posting saya di FB bukanlah bertujuan untuk menyindir tetapi untuk elakkan daripada fitnah,” katanya.

Wanita Jelas Berpisah Secara Baik & Dah Tahu Perkahwinan Bekas Suami Sejak Julai

Jelas Nurul Syazwani yang juga merupakan seorang jururawat, dia telah mengetahui perkahwinan bekas suaminya itu sejak Julai lalu.

Malah, mereka juga berpisah dalam keadaan baik dan tiada sebarang pergaduhan yang berlaku.

“Sehingga ke hari ini, tiada pergaduhan yang berlaku. Sepanjang berkahwin, suami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan juga anak.

“Sehingga sekarang juga, tetap memberikan nafkah untuk saya dan juga anak,” katanya.

Mohon Semua Hentikan Kecaman

Pada masa yang sama, Nurul Syazwani turut memohon agar orang ramai menghentikan kecaman terhadap bekas suami dan isteri bahajrunya kerana dia dan mereka mahu meneruskan kehidupan.

Malah, wanita itu sekali lagi memohon maaf kepada isteri baharu bekas suaminya serta keluarga itu atas apa yang telah berlaku.

“Akhir sekali saya memohon kepada semua, semua netizen dan follower, untuk henti stalk FB Syahmi dan juga Effa.

“Sehingga ke hari ini masih ramai yang memberi kata-kata yang tidak enak didengar. Yang memaki, mencarut, menghina, yang mana, kita tak naklah. Tidak bagus.

“Saya berharap kita sama-sama ambil iktibar, sama-sama ambil pengajaran. Sama-sama jernihkan keadaan dan paling penting kita sama-sama doakan yang baik buat semua,” katanya lagi.

@nsmr0203

Assalamuaikum..saya ingin memohon maaf kepada semua yg terlibat terutama kepada syahmi & juga keluarga effa..semua yg terjadi adalah khilaf daripada saya dan sy memohon kepada semua mendoakan yg terbaik untuk kita semua..yg baik2 datang dr Allah, dan yg kurang baik adalah daripada kelemahan diri saya 🙏🏻🙏🏻 #syahmi #syazwani #effaezan #fypシ #viral

♬ original sound – meh lerr shopping – meh lerr shopping

Pengguna Media Sosial Bersimpati, Ramai Doakan Terbaik

Video yang telah mendapat lebih 370,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata bersimpati dengan Nurul Syazwani atas nasib yang menimpanya.

Namun, ada juga yang mempersoal mengapa dia perlu memohon maaf sedangkan pengguna media sosial berpendapat wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tidak kurang ada yang memuji kesabaran wanita hebat itu dan turut mendoakan agar Syazwani bertemu kebahagiaan sebenar setelah apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Kesian Syazwani, Dia Pula Kena Minta Maaf Dekat Orang Yang Khianati Dia, Ya Allah Tak Tahu Nak Cakap Apa”

“Ayat Dia Elok Je, Betul La Nak Elak Fitnah Sebab Husband Dia Pernah Viral, Kalau Orang Tak Tahu, Banyak Fitnah Akan Dapat”

“Takpe Puan, Saya Doakan Semoga Yang Baik-Baik Sahaja Untuk Puan & Anak Puan Selepas Ini”

“Ya Allah Kesiannya Akak Ni, Bekas Suami Dia Yang Kahwin Lain, Dia Pula Kena Minta Maaf”

Baca Artikel Berkaitan: “Saja Nak Kongsi Realiti Perkahwinan”- Luahan Isteri Hamil Tentang Pengorbanan Suami Buat Ramai Sedih

Baca Artikel Berkaitan: Korban Diri Demi Isteri & Anak, Wanita Cerita Pengorbanan Arwah Suami Buat Netizen Sebak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.