“Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]
Di dalam video tersebut, kucing berkenaan terus berhenti meraung selepas dibebaskan dari dalam guni terbabit oleh lelaki itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain anjing, kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat di dunia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.
Ini kerana tingkah laku yang comel dan mudah dijaga sering menjadi pilihan orang ramai untuk membela mereka.
Pun begitu, masih ada segelintir individu tidak berperikemanusiaan yang bertindak menzalimi haiwan-haiwan ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Zalim Sungguh” – Ramai Sedih Lihat Tindakan Individu Sanggup Racun 9 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini
Lelaki jumpa kucing diikat dalam guni, dicampak ke sungai
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menemui seekor kucing yang disumbat dalam guni sebelum diikat dan dicampak ke sungai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ceobaran, lelaki terbabit dipercayai sedang memancing di sebuah sungai.
Bagaimanapun, dia terdengar raungan seekor kucing seakan meminta pertolongan di dalam sebuah guni yang terapung di sungai itu.
Ambil guni dan buka ikatan untuk lepaskan kucing
Lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengambil guni itu dan membuka ikatannya untuk melepaskan kucing malang terbabit.
Kucing berkenaan yang dalam keadaan kebasahan terus berhenti menangis seakan lega dirinya diselamatkan selepas dikeluarkan dari guni itu.
“Kucing diikat dalam bungkusan guni di buang ke sungai, kenapa kejam dan zalim? Di mana hati nurasi? Terima kasih orang yang baik hati menolong selamatkan dari kucing ini mati,” tulis di kapsyen.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar negara, namun tidak diketahui di lokasi mana dan bila ia berlaku.
Ramai kecam tindakan zalim pelaku dan titip doa buat lelaki yang selamatkan kucing itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat nasib kucing terbabit selain mengecam tindakan si pelaku itu.
Malah, mereka turut menitipkan doa agar urusan lelaki yang menyelamatkan si bulus itu dipermudahkan.
Tak kira anda pencinta haiwan ataupun tidak, jangan sesekali menzalimi dan menyeksa binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti kita.
Baca Artikel Berkaitan: