fbpx
Now Reading
Pelajar Indonesia Di Malaysia Dedah Kenapa Pilih Untuk Miliki Proton Satria [Video]

Pelajar Indonesia Di Malaysia Dedah Kenapa Pilih Untuk Miliki Proton Satria [Video]

Difahamkan, model Proton Satria 1.3 (C96) dan Proton Satria 1.8 GTi (C99) yang dimiliki kedua-dua pelajar Indonesia itu tidak dipasarkan ke Indonesia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Proton dan Perodua merupakan antara jenama kebanggaan rakyat Malaysia memandangkan kedua-dua syarikat kereta ini merupakan syarikat automotif nasional.

Ia sekali gus membuktikan kebolehan Malaysia untuk menjadi seperti negara-negara maju lain yang memiliki syarikat automotif tersendiri.

Bukan hanya di Malaysia, kedua-dua jenama ini turut dipasarkan di merata negara termasuklah di Eropah. Tidak hanya itu, terdapat juga warga luar negara yang meminatinya.

2 pelajar Indonesia di Malaysia miliki Proton Satria

Seperti dua pelajar lelaki dari Indonesia yang berada di Malaysia ini, mereka turut tidak melepaskan peluang untuk memiliki salah satu model kereta jenama tempatan iaitu Proton Satria.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @alirangadogado, kedua-dua lelaki itu mendedahkan sebab mengapa mereka memilih Proton Satria berbanding kenderaan lain.

Foto: TikTok/alirangadogado

Mudah dijaga dan tak menelan belanja yang tinggi

Menurut mereka, antara sebab mereka memilih kereta ini kerana harganya yang tidak terlalu mahal selain cukai jalan dan insurans juga tidak terlalu tinggi.

Tidak hanya itu, alat-alat ganti (spare parts) bagi Proton Satria yang mudah didapati di negara ini juga menjadi salah satu sebabnya.

Jelas mereka, kesemua sebab ini menjadikan Proton Satria mudah dijaga dan tidak menelan belanja yang tinggi.

Proton Satria C96 dan C99 GTi tiada di Indonesia

Selain itu, difahamkan juga model Proton Satria 1.3 (C96) dan Proton Satria 1.8 GTi (C99) itu tidak dipasarkan ke Indonesia.

“Dan yang ini (Proton Satria GLi dan GTi) juga tiada di Indonesia, jadi kita macam boleh merasa mempunyai kereta yang tiada di Indonesia,” katanya.

Difahamkan, untuk pasaran di Indonesia, Proton hanya membawa masuk Proton Satria Neo yang mula dilancarkan sekitar 2006 yang lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.