Wanita Kongsi Suasana Ketika Melintas Jalan Raya Di Vietnam Buat Ramai Seram [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan motosikal dan kereta yang melalui jalan raya tersebut tidak berhenti ketika wanita itu sedang melintasi garisan zebra crossing sebaliknya hanya mengelak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Umum mengetahui setiap negara mempunyai peraturan di jalan raya tersendiri yang telah ditetapkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda ke negara orang mereka mempunyai budaya yang sedikit berlainan apabila di jalan raya.
Jika di Malaysia orang ramai khususnya pejalan kaki akan menunggu sehingga keadaan benar-benar selamat seperti tiada kenderaan atau lampu isyarat bertukar hijau sebelum melintas.
Namun berbeza di Vietnam apabila kenderaan di sana rata-ratanya tidak akan berhenti sewaktu pejalan kaki ingin melintas.
Wanita kongsi pengalaman ketika melintas sebagai pejalan kaki di Vietnam
Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai berasal dari negara itu menunjukkan bagaimanakah keadaannya sebagai seorang pejalan kaki yang ingin melintas menyeberangi jalan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Nyeats Brown di TikTok awalnya kelihatan dia berada di bahu jalan sambil merakamkan keadaan jalan raya yang sibuk dan dipenuhi dengan motosikal serta beberapa kereta.
Kenderaan seperti motosikal dan kereta hanya mengelak dan tidak berhenti
“Baik saya akan melintas jalan,” ujarnya sambil berjalan di laluan zebra. Meskipun terdapat banyak motosikal dan kereta yang melalui jalan tersebut namun mereka tidak berhenti sebaliknya hanya mengelak daripada melanggar pejalan kaki.
Malah Nyeats di dalam rakaman itu turut mengatakan “melintas jalan raya di Vietnam merupakan satu seni.”
Dia turut dilihat berjaya melintas jalan sehingga ke seberang jalan dengan selamat.
Perkongsian wanita ini buat ramai seram
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa seram apabila melihat wanita tersebut melintasi jalan raya di negara berkenaan.
Malah ada yang mengatakan jantung mereka berdegup laju dan ada juga mengatakan mereka rasa seperti hampir mahu mati apabila melihat video melintas jalan itu.
Bukan hanya itu, ada yang turut berpendapat melintas di jalan raya itu seperti sedang melintas untuk ke alam lain (barzakh).