fbpx
Now Reading
Aksi Lelaki Keluar Tingkap Kereta Hampir Separuh Badan Untuk Rakam Video Undang Kritikan

Aksi Lelaki Keluar Tingkap Kereta Hampir Separuh Badan Untuk Rakam Video Undang Kritikan

Menerusi video kelihatan lelaki tersebut mengeluarkan hampir separuh badan dari tingkap kereta yang dinaikinya untuk merakam video kereta Honda City terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan pada masa kini banyak kerjaya seni yang semakin mendapat tempat selepas adanya media sosial seperti pencipta kandungan (content creator), videografi, fotografi dan sebagainya.

Malah mereka ini turut memuat naik hasil seni di media sosial sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kerjaya dan perniagaan yang sedang dilakukan.

Walau bagaimanapun, ada segelintir darinya sanggup membahayakan nyawa sendiri demi menghasilkan konten sehingga menarik perhatian ramai.

Tular rakaman lelaki keluar hampir separuh badan dari tingkap kereta untuk ‘shoot’ video

Baru-baru ini, seorang individu turut dilihat melakukan tindakan yang bahaya sewaktu sedang merakam video sehingga mengundang pelbagai kritikan pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry sedang melalui sebuah jalan.

Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki tersebut dilihat mengeluarkan hampir separuh badannya dari tingkap belakang kenderaan tersebut untuk merakam kereta Honda City yang berada di sebelahnya.

Dua-dua tangan pegang gimbal, aksi dilakukan dalam keadaan kereta bergerak

Kelihatan jelas kedua tangan lelaki tersebut sedang memegang objek dipercayai gimbal dalam keadaan badan yang menunduk ke arah jalan untuk merakam kereta Honda City yang berwarna biru itu.

Sewaktu melakukan aksi tersebut, kelihatan jalan raya itu turut digunakan oleh kenderaan lain seperti kereta dan motosikal.

Undang rasa kurang senang, ramai kritik aksi lelaki boleh undang kemalangan

Video itu secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai dan mengkritik perbuatan lelaki tersebut.

Ini kerana tindakan lelaki tersebut disifatkan sebagai bahaya kerana ia dilakukan di kawasan jalan raya yang dipenuhi oleh orang ramai dan dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan.

Tidak hanya itu, ada yang berpendapat kebiasaannya rakaman seperti itu perlu dilakukan di studio atau di kawasan jalan yang tertutup agar tidak membahayakan pengguna lain.

Ada juga yang meminta pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan atas tindakan yang dilakukannya sewaktu berada di atas jalan terbabit.

“Menyusahkan orang, tak kisahlah kereta apa pakai tapi nak buat video macam ni buatlah dekat jalan kosong”

“Polis dah boleh kutip mamat ni”

“Ini ilmu bebal”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.