fbpx
Now Reading
Gelagat Kanak-Kanak Merajuk Tak Nak Terima Medal Sebab Dapat Tempat Kedua Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Kanak-Kanak Merajuk Tak Nak Terima Medal Sebab Dapat Tempat Kedua Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut turut kelihatan kanak-kanak perempuan yang memakai baju taekwando bertali pinggang hijau itu enggan menerima medalnya ketika ingin disarungkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalah atau menang merupakan adat apabila adanya pertandingan. Malah dari kemenangan dan kekalahan itu peserta dapat belajar mengenai sesuatu perkara.

Daripada pengajaran tersebut mereka dapat meningkatkan prestasi untuk beraksi dengan lebih baik apabila berada dalam pertandingan lain selain dapat belajar mengenali karakter pihak lawan.

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak mungkin sedikit sukar buat mereka menerima kekalahan kerana belum faham bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan kecewa terhadap sesuatu perkara.

Oleh itu, ada yang merajuk, marah atau menangis untuk menunjukkan rasa kecewa atau tidak puas hati terhadap kekalahannya.

Gelagat kanak-kanak tak boleh terima dapat nombor dua dalam pertandingan taekwando raih perhatian

Perkara sama turut dirasai oleh seorang kanak-kanak perempuan ini apabila sukar menerima kenyataan kerana mendapat nombor dua dipercayai dalam pertandingan taekwando yang disertainya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammad.bin.muhammad.3 di TikTok, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak sedang berdiri di atas pentas podium menunjukkan baris peserta yang menang nombor 1-3.

Hentak kaki atas podium sebab dapat nombor 2

Namun apa yang menjadi perhatian, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang memakai tali pinggang hijau seperti marah dan menghentakkan kakinya ketika berada di atas podium terbabit.

Dia dilihat bertindak sebegitu rupa sebenarnya tidak dapat menerima kerana mendapat nombor dua dalam pertandingan seni mempertahankan diri itu.

Enggan terima medal ketika ingin disarungkan

Malah ketika seorang lelaki datang mendekatinya untuk menyarungkan medal di leher, kanak-kanak itu turut dilihat enggan menerimanya.

Bukan hanya itu, dia turut dilihat berpeluk tubuh sehingga membuatkan lelaki yang ingin menyarungkan medal itu berasa ‘takut’ melihatnya.

Tunjuk nak berdiri di tempat pertama

Lelaki itu bagaimanapun cuba untuk memujuknya untuk menyarung medal berkenaan, namun kanak-kanak itu menunjukkan dia mahu berada di tempat pertama.

Walau bagaimanapun, seorang individu segera memujuknya dan dia lalu menerima medal untuk tempat kedua itu.

Selesai memberikan medal kepada semua pemenang, lelaki berbaju biru itu kemudian menyuruh kesemua pemenang untuk berdiri di tempat pertama bersama-sama.

Awalnya kanak-kanak perempuan itu mengikutinya namun kelihatan dia masih tidak berpuas hati dan kembali ke tempat kedua seolah-olah sedang merajuk.

“Bila kau tak nak nombor dua. Nak nombor 1 juga. Sabar lah dik, cuba lagi tahun depan,” tulis Muhammad dalam video tersebut.

Reaksi kanak-kanak membuatkan ramai geli hati dan beri nasihat

Menjengah ke ruang komen, video memaparkan gelagat kanak-kanak itu turut membuatkan ramai geli hati.

Malah ada juga yang mengatakan mungkin kanak-kanak itu sukar menerima kekalahannya.

Tidak kurang ada yang menasihatkan agar para ibu bapa untuk menghantar anak memasuki banyak pertandingan agar mereka dapat belajar mengendali perasaan seperti kecewa mahupun gembira.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat kanak-kanak itu perlu diajar namun segelintir darinya menyifatkan itu adalah proses pembesaran untuk mereka berasa kecewa dan memberi reaksi terhadap perkara terbabit.

Video memaparkan keletah kanak-kanak itu turut menjadi tular di X.

“Lucu, namanya juga anak kecil”

“Ada yang nilai anak ini comel ada yang menilai kena ajar anak ini reda sedari kecil Tapi ini lah proses pembesaran anak ini. Bagi saya dia sangat comel”
“Sabar dik sabar, tapi betullah nak juga rasa nombor 1 tu.”
“Dik maintain mentality macam ni kalau bertanding, sentiasa push untuk nak menang. Tapi jangan jadikan personaliti. Takut nanti dekat tempat kerja kena pulau. Apa pun tahniah dik!”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.