“Murah Sangat”- Lelaki Beli Seekor Ikan Salmon Berharga RM222.85 Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi video tersebut lelaki itu turut menunjukkan ikan salmon seberat 3.72kg itu hanya berharga RM222.85 sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikan salmon merupakan salah satu makanan yang diimport dari luar negara ke Malaysia. Ikan ini juga turut menepati citarasa orang ramai kerana rasa yang berlemak.
Bukan hanya itu ikan ini juga turut mempunyai pelbagai khasiat di mana ia kaya dengan minyak semulajadinya serta merupakan salah satu protein yang baik.
Namun memandangkan ikan ini berasal dari luar negara, jika di pasaran tentu sahaja harganya tidak murah dan boleh mencecah harga antara RM14-20 mengikut gram.
Lelaki beli ikan salmon RM200 untuk seekor
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki membeli seekor ikan salmon bersaiz besar ketika berkunjung ke sebuah cawangan pasar raya Mercato.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mr Bakerz, awalnya kelihatan pekerja pasar raya itu menunjukkan seekor ikan salmon kepada lelaki tersebut.
Ikan dibeli seberat 3.72 kg
Tidak lama kemudian, pekerja pasar raya itu lalu menimbang ikan seberat 3.72 kilogram ikan itu. Sebaik menimbang ikan berkenaan, pekerja tersebut mula menyiang dengan membuang sisik ikan.
Bukan hanya itu, dia turut dilihat membelah ikan tersebut kepada beberapa bahagian dan meletakkannya di dalam bekas berasingan.
Sambil menunggu ikan siap di pek lelaki itu turut memaklumkan ikan tersebut bernilai sekitar RM200.
Sifatkan ikan berharga RM222.85 untuk seekor murah
Sebaik selesai ikan disiang dan diasingkan dalam bekas, lelaki itu kemudiannya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran dan menunjuk jumlah tertera bernilai RM222.85.
“Murah banget (sangat),” tulisnya di kapsyen.
Tak kisah jika harga ikan salmon RM200-280 dan masih anggap ia murah
Dalam beberapa video yang dimuat naik, Mr Bakerz turut menjelaskan mengapa dia mengatakan ikan salmon itu murah. Ini kerana apabila dibahagikan ikan tersebut bernilai sekitar RM10.90 untuk sepotong.
“Murah, bagi saya dua ratus lebih itu untuk seekor ikan sangatlah murah dan jimat. Mungkin bagi korang mahallah. Tapi bagi saya kalau dua ratus lebih sampai RM280 pun bagi saya okay saja,” katanya.
Harga dibeli seekor lebih murah apabila dibahagi lelaki maklum harga jatuh RM10.90 untuk satu pek
Jelasnya lagi, kebiasaannya jika membeli ikan salmon di pasar raya setiap pek yang mempunyai potongan berat sekitar 220g sudah berharga RM13-17.
“Tapi saya dapat 3.7kg, RM222.85 dapat dalam 20 pek. Jadi satu pek ni jatuh harga RM10.90 saja.
“Haa murahlah, bagi saya sangat murah.”
Ramai turut sifatkan ia pembelian yang murah untuk seekor ikan salmon bersaiz besar
Melihat di ruangan komen, video lelaki itu membeli ikan salmon telah menarik perhatian ramai. Malah ada yang mengatakan dia seorang yang bijak kerana harga mengikut keping potongan lebih mahal.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah pembelian yang berbaloi untuk seekor ikan salmon.