fbpx
Now Reading
“Satu-satunya Di Malaysia” – Myvi Diubahsuai Nampak ‘Futuristic’ Curi Tumpuan Ramai [Video]

“Satu-satunya Di Malaysia” – Myvi Diubahsuai Nampak ‘Futuristic’ Curi Tumpuan Ramai [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan Myvi berkenaan mempunyai rekaan ‘widebody’ di mana bahagian bumper hadapan dan belakang serta ‘fender’ telah dilebarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, terdapat ramai pemilik kereta di Malaysia yang gemar memodifikasi kenderaan mereka mengikut reka bentuk model kenderaan lain.

Antara modifikasi yang paling banyak dilakukan di negara ini semestinya mengubah kereta dari jenama tempatan menjadi mirip model JDM (Japanese Domestic Market).

Hal ini kerana kebanyakan kereta seperti dari jenama Perodua hanyalah ‘rebadge’ dari jenama Daihatsu dan Toyota, maka tidak begitu sukar untuk memodifikasinya menjadi JDM.

Tular Myvi diubahsuai jadi lain daripada lain

Pun begitu, lain pula dengan sebuah Perodua Myvi yang ditunjukkan oleh seorang lelaki ini apabila ia telah diubahsuai menjadi sesuatu yang lain daripada lain sehingga mencuri tumpuan ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @royseelsreviews, lelaki terbabit menyatakan Myvi dengan rekaan sedemikian adalah satu-satunya yang ada di Malaysia.

“Satu-satunya ‘Myvighini’, satu-satunya yang anda boleh lihat di dunia,” kata lelaki terbabit.

Myvi widebody, siap ada flush door handles

Dalam video tersebut, kelihatan Myvi berkenaan mempunyai rekaan ‘widebody’ di mana bahagian bumper hadapan dan belakang serta ‘fender’ telah dilebarkan.

Apa yang menarik lagi, pemegang pintu bahagian pemandu dan penumpang hadapan juga telah ditukarkan menjadi ala-ala ‘flush door handles’, namun bahagian pintu belakang pula dibuang sepenuhnya.

Selain itu, turut tertera tulisan ‘Myvision’ pada bahagian belakang kereta terbabit, manakala bahagian hadapan kekal tulisan Perodua dengan ‘font’ yang berbeza.

Secara keseluruhan, jelas Myvi itu mempunyai rekaan yang sangat berlainan dan tidak seperti kebiasaannya dilakukan oleh ramai orang.

Orang ramai beri pelbagai reaksi, ada yang gemar dengan rekaan itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang menggemari akan rekaan Myvi itu dan ada pula yang berpendapat bahawa pengubahsuaian berkenaan adalah keterlaluan.

Tidak kurang juga yang mempersoal sama ada pengubahsuaian sedemikian rupa dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Difahamkan, pengubahsuaian Myvi menjadi Myvision itu dilakukan oleh Subi Design.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.